Permainan ‘Islam ‘terancam’ hanya bakar sentimen

MENTERI Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad melahirkan kebimbangan terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang akan berterusan memainkan isu ‘Islam terancam’ demi meraih kepentingan peribadi.

Naib Presiden PKR itu mengulas demikian bagi merujuk serangan politik terhadap dua menteri lain, Hannah Yeoh dan Nga Kor Ming.

“Isu Islam terancam akan dicanang tiap kali utk raih sokongan. Kali ini buku Hannah Yeoh dan sambutan perayaan
Nga Kor Ming menjadi isu.

“Maka orang lain akan melihat seolah-olah ini Islam, sedangkan ia tidak lain dan tidak bukan taktik lapuk membakar sentimen bila habis modal politik,” katanya menerusi ciapan di akaun X miliknya.

Pemuda Pas dan Bersatu pada Selasa mengumumkan satu perhimpunan bersama Jumaat ini di Kuala Lumpur, mendakwa terdapat rasa “terancam” dan dengan niat untuk membantah Nga dan Yeoh.

Pas sebelum ini menyasarkan Nga dan Yeoh atas kenyataan yang didakwa mengancam Islam, dengan salah seorang pemimpin parti itu mempertikaikan persembahan nyanyian lagu Krismas di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Putrajaya.

Pada video yang dimuat naik 24 Disember lalu di akaun Facebook Nga, kakitangan kementerian dilihat menyanyikan lagu “Jingle Bells” – lagu tentang kegembiraan menaiki kereta luncur di salji – dan lagu “We Wish You a Merry Christmas.”

Nga mempertahankan acara tersebut sebagai cerminan hormat-menghormati dan keharmonian dalam kalangan kakitangan kementerian sambil menasihati pemimpin Pas agar bertaubat, berhenti menyebarkan fitnah, atau mengganggu keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Related Posts

Mahfuz gesa MB Negeri Sembilan nilai semula kedudukan, pulihkan kepercayaan istana

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berpandangan perkembangan politik di Negeri Sembilan ketika ini mencerminkan krisis kepercayaan yang semakin serius antara kerajaan negeri, institusi raja dan perkhidmatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH terbuka rundingan hadapi PRN Melaka

HANGZHOU – Pakatan Harapan (PH) terbuka untuk mengadakan rundingan dengan mana-mana parti politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keterbukaan itu penting…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mahfuz gesa MB Negeri Sembilan nilai semula kedudukan, pulihkan kepercayaan istana

Mahfuz gesa MB Negeri Sembilan nilai semula kedudukan, pulihkan kepercayaan istana

PH terbuka rundingan hadapi PRN Melaka

PH terbuka rundingan hadapi PRN Melaka

Kemelut Negeri Sembilan: MB, Exco tiada mandat pertikai kedudukan Tuanku Muhriz – PM

Kemelut Negeri Sembilan: MB, Exco tiada mandat pertikai kedudukan Tuanku Muhriz – PM

Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

  • By Fatin
  • September 23, 2026
Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak