PDRM Perlis selesaikan 105.48% jenayah kekerasan sepanjang 2024

KANGAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perlis mencatatkan kadar penyelesaian jenayah kekerasan melebihi 100 peratus sepanjang tahun 2024 sekaligus menunjukkan usaha gigih pasukan keselamatan dalam menjamin kesejahteraan masyarakat negeri Perlis.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim, berkata sejumlah 73 kes jenayah kekerasan direkodkan tahun ini dengan kadar penyelesaian sebanyak 105.48 peratus, hasil tindakan pantas dan kecekapan anggota serta pegawai polis.

“Kes bunuh, samun, dan rogol semuanya berjaya diselesaikan dengan kadar luar biasa. Ini membuktikan komitmen pasukan kami dalam memastikan Perlis terus aman.

“Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Perlis turut mencapai kejayaan besar dalam operasi khas seperti Ops Kabel, di mana enam lelaki berjaya ditahan kerana mencuri kabel milik Telekom Malaysia.

“Dalam operasi ini, tindakan tegas diambil, termasuk melepaskan tembakan selepas suspek cuba mencederakan anggota polis. Semua suspek kini telah dituduh di mahkamah,” katanya selepas perbarisan Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Kontinjen Perlis di sini hari ini.

Jelasnya lagi, polis Perlis turut memberi tumpuan kepada jenayah komersial yang menunjukkan peningkatan terutama dalam kes penipuan dalam talian. Kerugian dilaporkan berjumlah RM7.6 juta, dengan kes telefon scam dan pelaburan palsu mendominasi senarai.

“Kesedaran masyarakat masih perlu dipertingkatkan melalui program pencegahan jenayah. Tahun ini, kita telah melaksanakan 84 program termasuk ceramah dan sesi Meet & Greet bersama komuniti.

“Selain itu, jenayah narkotik juga menjadi fokus, dengan sejumlah 2,699 kes direkodkan sepanjang tahun. Rampasan besar melibatkan ganja, syabu, dan daun ketum bernilai lebih RM77 juta berjaya dilakukan,” ujarnya

“Kerjasama erat dengan agensi luar akan terus diperkukuh bersama pihak berkuasa Thailand bagi memastikan kawalan sempadan lebih efektif pada masa depan,” jelas beliau.

Related Posts

Bengkel UKAS Making Connections 2026 mantap kemahiran komunikasi krisis PRO

KUCHING – Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) komited memperkasakan kemahiran pengurusan krisis dalam kalangan Pegawai Perhubungan Awam (PRO) jabatan kerajaan dan agensi menerusi penganjuran bengkel UKAS Making Connections 2026 yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kepemimpinan berhemah, komunikasi krisis telus bina semula kepercayaan awam – Bahtiar

KUCHING – Apabila berdepan dengan sesuatu insiden kecemasan atau kontroversi, kecekapan sesebuah organisasi menguruskan komunikasi krisis sering kali menjadi penentu antara kelangsungan integriti ataupun kemusnahan reputasi.  Bagi memberi pendedahan mendalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bengkel UKAS Making Connections 2026 mantap kemahiran komunikasi krisis PRO

Bengkel UKAS Making Connections 2026 mantap kemahiran komunikasi krisis PRO

Kepemimpinan berhemah, komunikasi krisis telus bina semula kepercayaan awam – Bahtiar

Kepemimpinan berhemah, komunikasi krisis telus bina semula kepercayaan awam – Bahtiar

AMK bidas Sanusi, mahkamah pun kena maki bila kalah

AMK bidas Sanusi, mahkamah pun kena maki bila kalah

Isu judi: Sanusi jangan kalah di mahkamah, PMX pula dimaki – Mahfuz

Isu judi: Sanusi jangan kalah di mahkamah, PMX pula dimaki – Mahfuz

Padah simpan tenggiling, beruk, lelaki dipenjara 60 bulan

  • By Ezmie
  • August 27, 2026
Padah simpan tenggiling, beruk, lelaki dipenjara 60 bulan

Kerajaan MADANI tidak pernah luluskan lesen judi baharu di Kedah

Kerajaan MADANI tidak pernah luluskan lesen judi baharu di Kedah