Empat gerai diarah tutup, gagal kemuka lesen perniagaan

KOTA KINABALU – Empat gerai ditutup serta-merta kerana gagal mengemukakan lesen perniagaan dalam operasi pemeriksaan bersepadu di kawasan Pasar Besar, Pasar Ikan dan Anjung Kinabalu di sini pada Isnin.

Menurut kenyataan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di laman Facebook, empat buah gerai yang terbabit terdiri daripada dua gerai di Pasar Besar dan dua lagi di Anjung Kinabalu.

“Makanakala 10 buah gerai telah digantung lesen yang terdiri daripada dua buah gerai di Pasar Besar kerana berniaga melebihi saiz lot gerai dan sebuah lagi gerai di Pasar Ikan digantung lesen kerana melanggar syarat lesen dengan meninggalkan barang-barang di kaki lima secara berulang.

“Seterusnya enam gerai di Pasar Ikan didapati tidak berdaftar dan sebuah gerai di Anjung Kinabalu digantung atas kesalahan sama serta sebuah lagi gerai di Pasar Besar diberikan amaran lisan kerana gagal patuh syarat kecil lesen,” kata kenyataan itu pada Selasa.

Menurut kenyataan sama, operasi berkenaan melibatkan seramai 29 anggota daripada lima agensi termasuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Ketua Menteri, Jabatan Pendaftaran Negara dan diketuai oleh DBKK terdiri daripada Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan.

Tambah kenyataan itu, DBKK memandang serius terhadap perkara ini dan akan melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa.

“Pemantauan adalah bagi memastikan semua aktiviti perniagaan di sekitar bandar raya Kota Kinabalu dijalankan secara sah.

“Semua penjaja diingatkan untuk menjalankan operasi perniagaan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan dalam memastikan keteraturan dan kesejahteraan bandar raya,” kata kenyataan tersebut.

Related Posts

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

TAWAU – Pihak sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan mewujudkan saluran bantuan berkaitan pengurusan haid perlu bagi memastikan remaja atau pelajar perempuan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PADANG BESAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis menerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Biro Guaman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tampil menawarkan bantuan guaman kepada keluarga seorang murid cemerlang yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram