Pas harus bermoral, akui keterlanjuran Siti Mastura fitnah ahli DAP

PUTRAJAYA – Pas seharusnya bersikap terbuka mengakui keterlanjuran Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad yang sanggup menimbulkan fitnah terhadap ahli DAP sehingga terpaksa membayar saman selepas berjaya dibuktikan oleh mahkamah.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, parti itu seharusnya mengakui kesalahan besar yang dilakukan ahlinya, dan bersikap tegas terhadap Siti Mastura selepas kalah dalam saman fitnah yang difailkan tiga pemimpin DAP.

Menurut beliau, jika masih bersikap untuk menegakkan benang yang basah, ia hanya akan mengukuhkan tanggapan Pas yang dipimpin oleh Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang hanyalah sebuah parti politik yang mengamalkan retorik kosong.

“Jika kenyataan tersebut merujuk kepada Siti Mastura, maka Pas perlu membuktikan komitmennya terhadap prinsip yang disuarakan oleh Abdul Hadi. 

“Pas seharusnya menasihati Siti Mastura untuk memohon maaf secara terbuka kepada Tan Sri Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok; membayar segera ganti rugi kepada mereka, selain mengumumkan jumlah kutipan derma yang diterima demi memastikan ketelusan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau merujuk kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menjelaskan parti itu mengambil tanggungjawab atas keterlanjuran ahlinya yang membuat apa-apa tindakan yang salah, sehingga dihukum dengan bayaran atau denda. 

Kata Ahli Parlimen Marang itu, perkara tersebut yang tidak terdapat dalam perjuangan yang lain selain daripada perjuangan Islam.

Dalam pada itu, Lip Eng menyeru parti tersebut bertanggungjawab atas kesilapan dilakukan Siti Mastura, bukannya mencipta konflik yang boleh menimbulkan persoalan kepada pelbagai pihak, khususnya masyarakat setempat.

“Saya mencabar Abdul Hadi bertanggungjawab atas kenyataannya sendiri yang mencetuskan kontroversi, termasuk ketika mendakwa masyarakat bukan Bumiputera sebagai punca rasuah.

“Adakah pemimpin tersebut boleh mengakui kesilapan yang telah dilakukan dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, Pas perlu menjawab persoalan berhubung nilai moral pemimpin parti itu yang seringkali menggunakan fitnah sebagai senjata politik.

Tegasnya, parti terbabit bukan sahaja menggunakan fitnah, tetapi nampaknya menjadikan perkara itu sebagai satu lumrah dan kelaziman.

“Pemimpin Pas sebelum ini banyak berhadapan saman fitnah sehingga terpaksa memohon maaf kepada individu yang menjadi mangsa fitnah sekali gus menunjukkannya ia satu perkara normal dalam parti itu.

“Ia bukan soal kutipan derma untuk bayar denda saman fitnah semata-mata. Tetapi lebih penting adalah Pas perlu menjawab persoalan di manakah nilai moral mereka.

“Sebagai parti yang memakai jenama Islam, di manakah nilai moral Pas apabila pemimpin mereka seringkali menggunakan fitnah sebagai senjata politik,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memutuskan kenyataan Siti Mastura yang mengaitkan veteran serta pemimpin DAP, Kit Siang, Guan Eng, Teresa mempunyai pertalian dengan komunis sebagai fitnah dan tidak disokong bukti.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Quay Chew Soon dalam prosiding secara maya melalui aplikasi Zoom, mendapati defendan bertindak dengan niat jahat dan pembelaan terhadap beliau berdasarkan alasan komen adil dan keistimewaan bersyarat tidak dapat diterima.

Mahkamah turut mengarahkan Siti Mastura membayar ganti rugi sebanyak RM300,000 kepada Kit Siang, Guan Eng (RM250,000) dan RM200,000 kepada Teresa Kok, selain menetapkan RM25,000 dibayar kepada setiap plaintif sebagai kos.

Siti Mastura telah diberikan penangguhan sementara pelaksanaan pembayaran ganti rugi sementara menunggu perbicaraan mahkamah pada akhir Januari untuk mendapatkan penangguhan penuh terhadap hukuman tersebut.

Related Posts

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

AYER KEROH – Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil tidak mengetahui mengenai dakwaan Pakatan Harapan (PH) sedang mengadakan perbincangan untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghadapi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi