Presiden AIPA melawat negara Asean, pastikan jadi tuan rumah terbaik

SUNGAI PETANI – Delegasi Parlimen Malaysia akan mengadakan kunjungan ke negara anggota Perhimpunan Agung Antara Parlimen Asean (AIPA) bermula 13 Januari depan sebagai persiapan sebelum acara kemuncak itu berlangsung September nanti.

Presiden AIPA ke-46, Tan Sri Johari Abdul yang juga Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata, kunjungan itu sebagai persiapan sebelum Malaysia menjadi tuan rumah membincangkan isu serantau dan antarabangsa demi kepentingan bersama rantau Asean.

“Mulai 13 Januari ini, saya akan melawat semua negara Asean untuk berbincang dengan mereka sebelum mesyuarat berlaku, saya akan melawat seluruh negara Asean untuk pastikan kita menjadi tuan rumah yang terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir menyampaikan sumbangan bantuan mangsa banjir di Masjid Safuan, Pekan Jeniang hari ini.

Johari berkata, pihaknya telah merancang dan membuat persediaan menguruskan semua acara berkaitan iaitu lima mesyuarat termasuk Perhimpunan Agung AIPA di Kuala Lumpur bermula 1 hingga 6 September tahun hadapan.

“Mesyuarat lain kita bahagikan ke negeri lain termasuk Selangor, Pahang dan Sarawak, supaya tetamu yang hadir dapat kita agihkan ke negeri-negeri.

“Ia bagi memastikan mereka bukan sahaja dapat melihat keindahan dan kehebatan Kuala Lumpur tetapi juga dapat melihat apa yang berlaku di luar Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau turut yakin bahawa acara yang diadakan itu nanti mendapat sambutan baik dalam kalangan negara anggota Asean berdasarkan maklum balas yang diterima setakat ini.

Johari menerima tugas selaku Presiden AIPA ke-46 bagi 2025 daripada Laos pada Oktober lalu di mana kali terakhir penganjuran Malaysia sebagai Presiden AIPA adalah pada 2015.

Related Posts

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

SANDAKAN – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis, selepas mengaku bersalah memiliki 120 biji telur penyu hijau spesies yang dilindungi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah melakukan segala usaha sebaik mungkin menerusi rundingan dengan Indonesia bagi menangani isu jerebu rentas sempadan yang semakin membimbangkan ketika ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

ADUN Tellian cadang kuarters baharu Mukah dikongsi bersama penjawat awam Persekutuan

ADUN Tellian cadang kuarters baharu Mukah dikongsi bersama penjawat awam Persekutuan

Sekolah buka seperti biasa, aktiviti luar tangguh

Sekolah buka seperti biasa, aktiviti luar tangguh

ADUN Tellian cadang tubuh DUN Belia Sarawak sebagai platform kepimpinan muda

ADUN Tellian cadang tubuh DUN Belia Sarawak sebagai platform kepimpinan muda

Had tempoh jawatan PM, pengasingan kuasa pendakwaan dibincang Majlis Raja-Raja

Had tempoh jawatan PM, pengasingan kuasa pendakwaan dibincang Majlis Raja-Raja