Martabatkan Hikayat Panglima Nikosa sebagai novel Melayu pertama di dunia

KUCHING – Hikayat Panglima Nikosa merupakan novel Melayu pertama di dunia yang dikarang oleh Ahmad Shawal Abdul Hamid.

Menurut Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak, Datuk Dr Sanib Said, novel tersebut mengambil ciri-ciri realiti dalam gambaran untuk menjelaskan perwatakan, latar, peristiwa biasa untuk membina plot, suasana dan masa.

“Walaupun masih ada ciri-ciri pengembaraan dan aksi watak yang ketara seperti cerita hikayat dan penglipur lara, maka Hikayat Panglima Nikosa dapat dijadikan novel Melayu terawal,” jelas Dr Sanib.

Tambah Dr Sanib, novel tersebut merupakan kesusateraan Melayu zaman transisi hikayat dan penglipur lara kepada novel.

“Seperti kita tahu, ketika itu wujudnya novel Melayu terawal seperti Siti Nurbaya: Kasih Tidak Sampai, Bintang Toedjoeh dan Hikayat Faridah Hanom, tetapi Hikayat Panglima Nikosa diterbitkan lebih awal iaitu 30 Jun 1876,” kata beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika memberi syarahan pada Majlis Penangguhan Kolokium Novel Melayu Pertama Di Dunia ke-10 di hotel terkemuka pada Sabtu.

Sementara itu, Pengurus Lembaga Hal Ehwal Islam dan Adat Melayu Sarawak Azuan Jemat berkata, Hikayat Panglima Nikosa perlu diangkat sebagai karya agung Melayu dalam bentuk akademik.

“Hikayat Panglima Nikosa memperlihat keagungan karya dan kecenderungan elemen etnosentrik bertepatan idea William Graham Sumner,” jelas Azuan.

Tambah Azuan, novel ini juga memberi pemahaman mendalam mengenai adat dan peraturan masyarakat Melayu tradisional.

“Berbanding hikayat lain, novel ini memberi fokus kepada masyarakat awam berbanding golongan raja dan pembesar,” ujar beliau lagi.

Hikayat Panglima Nikosa mengisahkan pemuda bernama Nikosa di negeri di Timur yang berjaya mengumpul ramai pemuda menyerang musuh negeri mereka.

Atas kepemimpinan Nikosa, musuh berjaya ditewaskan dan membawa keamanan kepada negeri tersebut.

Seterusnya, Nikosa membangunkan negeri dinamakan Jalanan Baharu yang menjadi makmur kerana sering dikunjungi oleh pedagang.

Related Posts

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

KUALA LUMPUR – Kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 sebulan disifatkan sebagai reformasi penting pasaran tenaga kerja yang bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan pekerja, malah membantu memperkukuh kecukupan simpanan persaraan ahli Kumpulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

KUALA LUMPUR -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian rakyat apabila menggunakan beberapa istilah yang jarang didengar termasuk ‘waad’ dan ‘lighad’ ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak