Jakim diarah segera dapatkan laporan penuh murid maut renjatan elektrik

PUTRAJAYA –  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diarah mendapatkan laporan terperinci daripada pihak berkuasa agama Islam negeri berhubung kematian seorang murid lelaki dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah sekolah di Serdang, Rabu lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, langkah itu bagi mencari pendekatan drastik secara bersama agar kejadian tersebut tidak berulang lagi.

Menurutnya, Jakim diarah merujuk  pihak berkuasa agama Islam negeri bagi mendapatkan maklumat lanjut dan laporan terperinci berhubung kes kematian murid tahun enam yang maut akibat terkena renjatan elektrik.

“Jakim telah diarah untuk merujuk kepada pihak berkuasa agama Islam negeri bagi mendapatkan laporan terperinci serta mencari pendekatan drastik secara bersama agar kejadian tersebut tidak berulang lagi.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merakamkan takziah kepada keluarga murid yang telah meninggal dunia dipercayai terkena renjatan elektrik sewaktu Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di sebuah sekolah di Serdang.

“Kejadian tersebut adalah amat mendukacitakan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan dilapor berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian membabitkan murid lelaki tahun enam itu kira-kira pukul 6.30 petang.

Katanya, seorang wanita tempatan berusia 36 tahun membuat laporan polis selepas menerima pesakit dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Jelasnya, mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah sekolah di kawasan Serdang sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira 6.50 petang.

Related Posts

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

BATU PAHAT – Sentimen tradisi politik di Johor yang selama ini cenderung kepada Barisan Nasional (BN) dilihat mula berdepan perubahan apabila sebahagian pengundi menilai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SUKMA Selangor 2026 raih tajaan RM8 juta, 17 syarikat hulur sokongan

SUKMA Selangor 2026 raih tajaan RM8 juta, 17 syarikat hulur sokongan

‘Politik perpaduan’ jadi pilihan, rakyat tolak sentimen perkauman

‘Politik perpaduan’ jadi pilihan, rakyat tolak sentimen perkauman

MediAsas: Reformasi pembiayaan kesihatan kurangkan beban rakyat

MediAsas: Reformasi pembiayaan kesihatan kurangkan beban rakyat

Pengundian awal PRN Johor berjalan lancar di IPD Mersing

Pengundian awal PRN Johor berjalan lancar di IPD Mersing

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang