Pindaan Ordinan Buruh Sarawak bukti komitmen Kerajaan Madani terhadap kebajikan pekerja

PUTRAJAYA – Pindaan Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan 2024) yang diluluskan di Dewan Rakyat, Khamis lalu merupakan langkah bersejarah dan penting dalam membuktikan komitmen Kerajaan Madani memperjuangkan keadilan dan perlindungan hak-hak pekerja di seluruh Malaysia, termasuk di Sarawak.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, ia menandakan kejayaan hasil usaha kerajaan bersama pelbagai pihak dalam penyelarasan undang-undang perburuhan antara Semenanjung, Sabah, dan Sarawak yang telah lama dinantikan.

“MTUC merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) yang dipimpin oleh Menterinya, Steven Sim Chee Keong atas kejayaan membentang dan meluluskan Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat.

“Kejayaan berkenaan mencerminkan komitmen luar biasa Steven Sim dalam memperkasakan golongan pekerja Malaysia sepanjang genap setahun kepimpinan beliau (menjadi Menteri),” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Effendy berkata, pengubalan RUU tersebut bukan sahaja memperkukuh perlindungan pekerja, tetapi  meningkatkan keharmonian industri serta daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.

Jelasnya, usaha yang dilaksana itu mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap nasib pekerja serta penglibatan konstruktif pihak kesatuan, majikan, dan pemegang taruh dalam menjayakan agenda nasional.

“Kami percaya pindaan ini akan memberi manfaat besar kepada 1.46 juta pekerja, khususnya di Sarawak, selain mengangkat imej Malaysia sebagai negara yang progresif dan adil dalam mengutamakan kebajikan tenaga kerja.

‘MTUC berikrar untuk terus bekerjasama dengan Kesuma dalam memastikan pelaksanaan pindaan ini berjalan lancar demi kepentingan pekerja dan negara,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol berkata, pindaan itu membuktikan kesungguhan Kerajaan Madani dalam memastikan keadilan dan hak pekerja Sarawak sejajar dengan pembangunan negeri ke arah menjadi negeri maju menjelang 2030.

Katanya, ia merupakan langkah penting dalam memperkasa pekerja di Sarawak dan memastikan hak mereka dilindungi tanpa diskriminasi, selain mengangkat kebajikan serta kesejahteraan tenaga kerja negara yang merupakan tulang belakang pembangunan negara.

“Namun saya ingin menegaskan pentingnya perhatian diberikan kepada cabaran pelaksanaan, penguatkuasaan dan pemantauan terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak yang sukar diakses susulan ramai pekerja di kawasan tersebut tidak sedar tentang hak mereka, menjadikan mereka mudah dieksploitasi.

“Bagi memastikan pekerja tidak dieksploitasi, saya mencadangkan kerajaan memperkenalkan unit bergerak atau platform digital mesra pengguna untuk menyampaikan maklumat kepada pekerja di kawasan pedalaman dan juga memberi latihan  kepada majikan luar bandar agar mereka memahami tanggungjawab di bawah ordinan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Mordi menegaskan, terdapat keperluan memperkasa kempen kesedaran dengan menggunakan medium tempatan serta mengukuhkan mekanisme pemantauan, termasuk audit berkala terhadap tempat kerja, khususnya dalam sektor perladangan bagi memastikan keberkesanan ordinan itu.

“Kemudahan asas dan tempat tinggal pekerja juga mesti mematuhi piawaian kebersihan dan keselamatan minimum agar kebajikan pekerja-pekerja di sektor ini turut diberikan perhatian.

“Saya yakin dengan pelaksanaan yang teliti dan kerjasama semua pihak, RUU Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 akan membawa manfaat besar kepada pekerja dan majikan serta menyumbang kepada kemajuan sosial dan ekonomi Sarawak,” katanya.

Related Posts

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai laporan audit Tabung Haji (TH) perlu diperjelaskan secara menyeluruh bagi mengelakkan kekeliruan dan manipulasi politik berhubung penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), kata Datuk Dr Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling