KPM perluas kelas hibrid kepada 400 sekolah, terima respons positif masyarakat setempat

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah selepas menerima pelbagai maklum balas positif yang dilihat kaedah itu berupaya membantu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, perluasan kelas hibrid adalah di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bermula tahun ini sehingga 2029 dengan peruntukan sebanyak RM340 juta.

Menurutnya, tambahan kelas hibrid itu bukan saja tertumpu di sekolah dalam kawasan bandar, malah akan dilaksana di luar bandar yang telah dikenal pasti oleh KPM bagi memastikan tiada sesiapa tertinggal dalam aspek pembelajaran.

“Secara umumnya KPM mendapat maklum balas positif daripada guru, di mana terdapat permintaan untuk tambahan kelas dan cadangan penambahbaikan, tambahan latihan penggunaan secara berkala dan penambahbaikan dari segi aspek keselamatan peralatan dalam kelas.

“Ia juga akan diseragamkan di 15 lokasi termasuk pusat sumber, bilik pentadbiran dan kelas hibrid. Ini adalah rangkaian internetnya. Projek ini merangkumi tiga skop utama iaitu pendawaian elektrik peruntukan disediakan RM20 juta, RM150 juta untuk peranti dan RM167 juta untuk rangkaian internet,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan diajukan oleh Jalamudin Yahya (PN-Pasir Salak) yang meminta kementerian menyatakan adakah terdapat kajian terhadap keberhasilan projek rintis kelas hibrid sebagai proses PdP baharu, termasuk institusi pendidikan dan sekolah yang terpilih di seluruh negara.

Mengenai keperluan lain diperlukan hasil maklum balas guru, Kah Woh berkata. ada yang mencadangkan supaya diwujudkan lebih banyak video pengendalian dan pengguna kemudahan agar boleh memudahkan guru mengendalikan peralatan serta kemudahan disediakan.

Sehubungan itu, tegasnya, KPM akan terus berusaha menyokong usaha berkenaan dengan menambah baik keperluan dari segi latihan, infrastruktur, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), capaian internet dan keselamatan kelas hibrid.

“Melalui kaedah ini, pakar dari pelbagai bidang dapat dilibatkan bagi meningkatkan kualiti penyampaian pendidikan dalam kalangan guru dan juga murid.

“Melalui pelaksanaan rintis kelas hibrid ini, semua kelas terbabit dinaik taraf dari segi pendawaian elektrik, kelengkapan, kemudahan peralatan digital seperti ‘smart board’, televisyen pintar, set kamera, perakam suara dan sebagainya.

“Infrastruktur rangkaian dalaman juga dinaik taraf bagi membolehkan capaian internet disediakan di semua kelas terbabit,” katanya.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak