Institusi pendidikan, sektor korporat perlu contohi Inisiatif Bakul Rahmah KTYS Pilihanku

KOTA KINABALU – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menyeru agar lebih banyak institusi pendidikan dan sektor korporat menjadikan Inisiatif Bakul Rahmah Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) Pilihanku sebagai inspirasi menyumbang kepada pembangunan pendidikan negeri.

Beliau berkata, inisiatif bijak KTYS ini bertujuan meringankan beban pelajar yang kurang berkemampuan yang mencerminkan keprihatinan dan komitmen terhadap kebajikan pelajar.

“Sumbangan daripada Bank Islam dan Tabung Haji kepada KTYS dalam menjayakan program ini juga merupakan bukti sokongan berterusan sektor korporat memperkasakan pendidikan dan pembangunan masyarakat di negeri ini.

“Inisiatif ini adalah contoh positif kepada institusi-institusi besar di Sabah dalam memainkan peranan aktif mereka dan seterusnya menyokong pembangunan modal insan dengan membuka peluang pendidikan yang adil dan menyeluruh.

“Saya galakkan agar lebih ramai sektor korporat lain mencontohinya, malah kerajaan negeri melalui Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) juga akan turut menyumbang dan menampung mana-mana institusi yang mengadakan program ini.

“Kita mulakan tahun hadapan, pada Januari kita akan mengemukakan permohonan kepada institusi korporat yang biasanya membantu, tahun ini kita mendapat lebih kurang RM7 juta, maka saya harap tahun depan akan lebih banyak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media di Majlis Perasmian Bakul Rahmah KTYS Pilihanku dan Penyerahan Sumbangan daripada Tabung Haji dan Bank Islam di Kampus Induk KTYS di sini pada Selasa.

Sementara itu, Ketua Eksekutif KTYS, Datuk Tah Nia Jaman berkata, inisiatif berkenaan merupakan jualan barangan keperluan dan makanan dengan potongan harga sebanyak 50 peratus terbuka kepada seramai 450 orang pelajar asrama KTYS sahaja.

Jelasnya, jualan tersebut ditempatkan di Pejabat Hal Ehwal Murid, Bangunan Asrama Kampus Likas, KTYS dan akan diteruskan bergantung kepada kewangan KTYS.

“Berdasarkan pengoperasian, kita akan mampu bertahan teruskan penjualan kerana ia bukan percuma tapi separuh harga kerana sebelum ini telah diadakan pemberian secara percuma, namun ramai pelajar tidak ambil, mungkin mereka agak sensitif digolongkan sebagai B40.

“Maka dengan inisiatif baharu ini, dengan adanya potongan separuh harga, penjualan akan dibuka untuk semua penghuni asrama KTYS tanpa mengira latar belakang ekonomi mereka, memberikan peluang kepada semua pelajar menerima bantuan,” ujarnya.

Related Posts

Lebih 200,000 pekebun kecil dijamin terus terima bekalan baja

PUCHONG – Briar Resources Sdn Bhd (Briar Resources) memberi jaminan bekalan baja kepada lebih 200,000 pekebun kecil sawit di seluruh negara tidak akan terjejas walaupun syarikat itu kini berdepan pertikaian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kutipan hasil Pahang meningkat, catat lebih RM700 juta hingga Jun

KUANTAN – Kutipan hasil negeri Pahang mencecah lebih RM700 juta dalam tempoh kurang enam bulan tahun ini. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkembangan itu sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 200,000 pekebun kecil dijamin terus terima bekalan baja

Lebih 200,000 pekebun kecil dijamin terus terima bekalan baja

JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

Kutipan hasil Pahang meningkat, catat lebih RM700 juta hingga Jun

Kutipan hasil Pahang meningkat, catat lebih RM700 juta hingga Jun

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

WBS perkasa wanita melalui bengkel kemahiran, fokus jana pendapatan dan pembangunan komuniti

WBS perkasa wanita melalui bengkel kemahiran, fokus jana pendapatan dan pembangunan komuniti