Nurul puji usaha SEAS terbit buku ‘The SEAS Giant Book of Manners’

MEMBAKUT – Pengerusi Social and Economic Research Initiative (SERI), Nurul Izzah Anwar memuji usaha Sabah English Aspiration Society (SEAS) dalam menerbitkan buku ‘The SEAS Giant Book of Manners’ kerana adab merupakan elemen penting dalam membentuk masyarakat Madani.

“Madani bermaksud tamadun dan tamadun berkait rapat dengan pembinaan akhlak.

“Akhlak adalah asas penting dalam pembentukan sesebuah tamadun. Melalui akhlak, kita dapat memahami dan menilai nilai-nilai murni yang menjadi tunjang kekuatan masyarakat.

“Nabi Muhammad S.A.W, sebagai contoh teladan utama bagi umat Islam,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Simbolik Pelancaran Buku Pertama SEAS iaitu ‘The SEAS Giant Book of Manners’ di JJ Centre, Kampung (Kg) Takapan Membakut di sini, pada Ahad.

Tambah beliau, usaha pembudayaan dan penguasaan Bahasa Inggeris terus diberi perhatian serius dalam kalangan generasi muda di Sabah khususnya di kawasan pedalaman.

Turut diadakan acara simbolik penyampaian buku The SEAS Giant Book of Manners kepada Nurul Izzah oleh tiga kanak-kanak Sabah iaitu Zafirah, 6; Axy, 7; dan Raees Mega, 8 tahun.

Sementara itu, Presiden SEAS, Dr. Zainab Kassim berkata, mengimbau detik awal impian menerbitkan buku ini yang bermula 20 tahun lalu selepas beliau pulang daripada misi kemanusiaan di Afghanistan bersama Mercy Malaysia.

“Buku ini menghimpunkan karya seni bersama kapsyen dalam bahasa Inggeris hasil ciptaan pemenang dan peserta Pertandingan Seni SEAS Giant Book of Manners yang berlangsung selama 13 bulan bermula Oktober 2023 di Membakut, Kota Kinabalu, Ranau dan Sandakan.

“Lebih 300 karya seni dikumpulkan dan dinilai oleh panel hakim tempatan serta antarabangsa.

“Ini adalah apa yang kami ingin ajarkan semuanya berkaitan dengan cara dan karakter yang baik untuk pendidikan.

“Selain itu, kami ingin mereka seronok mempelajari Bahasa Inggeris dengan kaedah yang berlainan dari sekolah,” katanya ketika ditemui wartawan TMP.

Buku yang bertemakan ‘Manners Maketh The Man’ yang menekankan adab dan kesopanan membentuk tamadun yang maju itu turut dihadiri CEO Institute for Development Studies (IDS), Datuk Dr. Ts. Ramzah Dambul, Pengerusi Sedafiat, Datuk Ag Buhtamam Ag Mahmun dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Sabah, Yaras Yusup.

Setiap peserta Pertandingan Seni SEAS ‘Giant Book of Manners’ turut diberi penghargaan dengan menerima senaskhah buku secara percuma.

Sehubungan itu, sumbangan secara sukarela amat dialu-alukan bagi menyokong usaha SEAS dalam memperkasa Bahasa Inggeris di kawasan luar bandar Sabah.

Buku tersebut turut dijual dalam edisi kulit keras pada harga RM25, untuk membuat pesanan boleh menghubungi melalui e-mel, seas0717@gmail.com.

Related Posts

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

KUANTAN – Rakyat Pahang, khususnya di daerah Kuantan dan Rompin, diseru supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu bagi melindungi kesihatan masing-masing. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

SEREMBAN – Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu menjadi keutamaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sehingga baginda memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Pengelola…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala