TH laksana inisiatif bantu mangsa banjir, sumbang RM500,000

PUTRAJAYA – Lembaga Tabung Haji (TH)
dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) melaksanakan inisiatif bantuan banjir bernilai RM500,000 bagi menyokong komuniti yang terjejas di seluruh negara.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman berkata, pihaknya menyediakan bantuan keperluan asas seperti makanan sedia dimakan (ready to eat meal) kepada kira-kira 50,000 mangsa terjejas banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan petugas barisan hadapan.

“TH amat prihatin dan terkesan dengan musibah banjir yang melanda beberapa
negeri terutamanya di Pantai Timur yang mana turut mengakibatkan beberapa
pejabat cawangan di negeri-negeri terlibat ditangguhkan operasi sementara.

“Lantaran itu, TH bersolidariti bersama komuniti yang terkesan dan hadir
menghulurkan sumbangan bagi membantu meringankan beban mereka,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Syed Hamadah memaklumkan inisiatif berkenaan merupakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) tahunan bagi membantu mangsa bencana alam di seluruh negara termasuklah komuniti terjejas banjir.

Jelasnya, segala sumbangan telah diserahkan kepada YFBM yang bertindak sebagai pengelola bagi menyediakan kotak makanan yang mengandungi nasi segera, lauk segera, makanan kering dan air mineral.

“Kesemua kotak makanan ini akan diagihkan secara berperingkat di PPS
melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah dalam masa
terdekat.

“Kami juga telah mengenal pasti beberapa anggota TH yang terkesan dengan musibah banjir ini bagi menyalurkan bantuan dan membantu sedikit sebanyak bukan sahaja untuk meringankan tekanan, malah memulihkan harapan mereka
untuk terus bersemangat serta bangkit menghadapi ujian ini,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Hamadah berkata,
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang merupakan Syarikat Kumpulan TH turut  menganjurkan Program Prihatin Banjir dengan menawarkan penangguhan ansuran pembiayaan rumah, peribadi dan kenderaan sehingga enam bulan.

“BIMB turut menawarkan Kemudahan Bantuan Bencana khusus buat perniagaan mikro, kecil dan sederhana yang menyediakan pembiayaan modal kerja serta membaik pulih atau menggantikan aset perniagaan yang rosak, selain memperuntukkan bantuan kewangan berjumlah RM250,000 serta melancarkan Tabung Bantuan Banjir bagi membantu kakitangan yang terkesan.

“Manakala, Syarikat Takaful Malaysia Berhad juga memberikan sumbangan
bantuan kewangan serta bantuan proses tuntutan insurans segera untuk
kenderaan mahupun kesihatan bagi mangsa yang terkesan dengan musibah ini.

“Sukarelawan di kalangan kakitangan turut dikerahkan bagi usaha bantuan banjir dan pasca banjir. TH Properties Sdn. Bhd. turut menyumbang bantuan bekalan asas harian kepada mangsa-mangsa banjir dengan nilai sumbangan keseluruhan berjumlah RM10,000,” katanya.

Related Posts

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

SEREMBAN – Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu menjadi keutamaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sehingga baginda memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Pengelola…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

PENDEKATAN Kerajaan MADANI dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2027 yang memberi penekanan kepada kebajikan rakyat, peningkatan pendapatan dan kos sara hidup disifatkan sebagai langkah penting bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala