SPRM nafi tutup ‘fail’ HRD Corp

PETALING JAYA – Kenyataan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kertas siasatan kes tadbir urus Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) yang dijalankan sebelum ini adalah tidak tepat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, perkara ini timbul berikutan satu laporan portal mendakwa seorang pegawainya memaklumkan bahawa siasatan berkaitan HRD Corp ini telah ditutup.

Menurutnya, salah faham itu berlaku berikutan pegawai SPRM itu tidak meneliti secara terperinci beberapa kertas siasatan yang telah dilakukan sehingga membuat andaian yang boleh menimbulkan keraguan kepada masyarakat.

“Saya tidak pasti dari sudut mana pegawai itu merujuk kepada isu ini, tetapi secara amnya kami telah membuka beberapa fail siasatan terhadap HRD Corp. Secara amnya, kami membuka beberapa fail terhadap HRDF.

“Saya telah mengarahkan pegawai saya untuk memaklumkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bahawa kemungkinan pegawai terbabit merujuk kepada salah satu fail,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2024 di Auditorium Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), hari ini.

Dalam pada itu, Azam menegaskan, siasatan terhadap kes terbabit  masih berjalan dan melibatkan pelbagai aspek, termasuk perolehan serta pelaburan.

Jelasnya, kesemua fail siasatan masih bersama pegawai penyiasat dan masih belum diputuskan oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk pihaknya meneliti secara terperinci kesalahan yang dilakukan oleh HRD Corp.

“Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mungkin hanya tumpu kepada satu aspek, namun siasatan SPRM merangkumi pelbagai sudut yang lebih luas.

“Jadi boleh jadi apabila dia (pegawai berkenaan) menjawab soalan dalam PAC, mungkin dia hanya melihat ke dalam satu skop, itu mungkin yang berlaku dalam PAC.

“(Bagaimanapun) saya tidak boleh mengulas begitu banyak mengenai perkara itu. (Perkara) itu dalam siasatan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan bahawa SPRM tidak menemui sebarang salah laku dalam HRD Corp dan tiada kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.

Menurut pegawai penyiasat SPRM itu, semasa prosiding membabitkan dakwaan terhadap HRD Corp, beliau berkata, kertas siasatan telah dibuka tetapi tiada sebarang kesalahan dibuat oleh pihak pengurusan.

Sebelum ini, PAC mendedahkan sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan Program Latihan HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan yang bukan merupakan matlamat penubuhan agensi itu.

Berikutan itu, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong mengarahkan Ketua Setiausaha Kesuma, Datuk Seri Khairul Dzaimee dan Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood membuat laporan kepada SPRM selaras dengan syor Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi di dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024 dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Steven Sim menegaskan kementeriannya tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan yang bertentangan dengan undang-undang.

Related Posts

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

VETERAN PKR, Tian Chua berharap dapat kembali menjadi Ahli Parlimen dan terbuka untuk bertanding semula di Parlimen Batu, dengan menyatakan beliau mempunyai sokongan kuat daripada pengundi di situ. Bagaimanapun, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan
  • AdenAden
  • August 25, 2026

KUALA LUMPUR – Kualiti udara negara pada hari ini didapati merosot dengan 29 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat manakala 38 kawasan lagi berada pada tahap sederhana,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

  • By Aden
  • August 25, 2026
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September