Loji petrokimia bakal dibangun di Sarawak

KUCHING – Syarikat petrokimia China Inner Mongolia Yuantong Coal Chemical Group Co Ltd berhasrat mahu membangunkan loji petrokimia canggih di Sarawak.

Cadangan ini disambut baik oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Awang Tengah Ali Hasan.

Menurut beliau, pembinaan loji petrokimia bukan hanya merancakkan pembangunan ekonomi di Sarawak tetapi mengembangkan teknologi ke negeri ini.

“Sarawak sentiasa komited menjalinkan kerjasama yang menggalakkan pertumbuhan mampan dan inovasi,” ujar beliau.

Tambah beliau, Sarawak turut menantikan kajian kebolehlaksanaan syarikat tersebut ntuk menilai daya maju projek dan kesannya terhadap pembangunan kepada negeri tersebut.

Sementara itu, Yuantong Coal Chemical Group diiktiraf sebagai salah satu daripada 500 Perusahaan Swasta Teratas di China, menawarkan teknologi termaju, portfolio sebanyak 20 paten berdaftar dan kapasiti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang teguh dalam petrokimia.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan