Malaysia main peranan tepat laksana kaedah ‘soft diplomacy’ – Pakar Ekonomi

KAEDAH Malaysia menggunakan langkah ‘soft diplomacy’ adalah tepat sebagai negara berkecuali berikutan kebergantungan negara kepada kedua-kedua blok dari sudut ekonomi dan lain-lain.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, negara juga bersedia menghadapi kemungkinan perubahan landskap ekonomi global susulan pemilihan semula Donald Trump memimpin Amerika Syarikat (AS) dan memberi fokus kepada ‘soft diplomacy’ iaitu diplomasi lunak atau tanpa kekerasan.

Hal ini susulan, Presiden AS itu mengancam untuk mengenakankan tarif 100 peratus jika negara anggota BRICS meneruskan perancangan melancarkan sistem kewangan baharu yang mungkin melemahkan dolar AS.

Pakar Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mustazar Mansur berkata, tindakan ini memperlihatkan kebijaksanaan Malaysia dalam menangani situasi yang mendatang terutamanya melibatkan situasi ekonomi negara.

“Tetapi lain bagi Malaysia, kita tidak berpihak kepada mana-mana kerana itu Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Luar, Datuk Mohamad Hasan ingin mengamalkan ‘soft democracy’ supaya tidak terlihat hanya memihak kepada satu-satu blok.

“Malaysia cuba nak berdagang dengan BRICS ini bukan menyokong 100 peratus, kerana AS adalah rakan dagangan negara yang besar.

“Jika kita hanya memandang dari satu sudut ini amat bahaya kerana Malaysia adalah negara kecil. Dagangan import dan eksport negara juga bergantung kepada kedua-dua blok,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press, hari ini.

Mengulas lanjut, Mustazar berkata, ancaman Trump itu selari arif itu bersesuaian dengan slogannya mendahulukan rakyat AS.

Beliau juga berkata, semua pihak sudah menjangkakan Trump akan melakukan cukai yang agak tinggi berbanding dengan negara mereka kerana mahu menjaga ekonomi negaranya.

“Situasi ini berlaku kerana AS agak terkesan dengan adanya persaingan-persaingan besar seperti negara ‘Emerging Market Economy’ iaitu negara yang wujud selepas 1980-an dan 1990-an yang ekonominya bertumbuh dengan pesat.

“Negara ini juga memberi kelebihan tertentu dari segi sumber buruh yang murah dan sebagainya seperti India, China dan Turkiye.

“Kewujudan mereka menyebabkan pasaran ekonomi AS juga terganggu dari sektor automotif. Produk automotif China juga telah menyaingi Tesla,” katanya.

Tambah beliau, sekiranya kenaikan tarif itu akan dilaksanakan, Malaysia akan sedikit terjejas sekiranya mengeksport barang ke negara tersebut tetapi dari segi import tidak akan terjejas kerana AS juga turut mempunyai permintaan mereka sendiri.

Hari ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, Malaysia selaku negara rakan BRICS, akan mengikuti rapat perkembangan berkaitan ancaman bakal Presiden Donald Trump mengenakan tarif 100 peratus ke atas negara-negara perkumpulan itu.

Tengku Zafrul berkata, beliau percaya penyertaan Malaysia dalam platform perdagangan pelbagai hala adalah penting untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi selain mengekalkan kemakmuran dan kestabilan.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar