Polis Tawau tahan enam lelaki disyaki miliki dadah

TAWAU – Polis Tawau menahan enam orang lelaki berumur 16 hingga 34 tahun kerana disyaki memiliki dadah di sebuah rumah inap di Batu 2, Jalan Apas di sini pada Isnin.

Menurut kenyataan Polis Daerah Tawau, pihaknya membuat serbuan sebuah rumah inap kerana mengesan aktiviti dadah semasa menjalankan tugas rondaan cegah jenayah.

“Semasa serbuan, polis telah membuat pemeriksaan ke atas enam orang lelaki berumur di antara 16 hingga 34 tahun namun tidak menjumpai sebarang kesalahan.

“Pemeriksaan lanjut yang dijalankan di kawasan rumah pula berjaya menemukan sepeket plastik lut sinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis ‘Methamphetamine’.

“Sepeket plastik lut sinar berisi daun kering disyaki ganja bersama peralatan menghisap dadah turut ditemui,” menurut kenyataan itu menerusi laman Facebook.

Jelas beliau, suspek bersama barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(3) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Posts

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

MUKAH – Polis menahan dua lelaki warga asing yang disyaki mencuri sebuah motosikal menerusi satu serbuan di rumah pekerja ladang kelapa sawit Ulu Penipah pada malam Ahad. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

  • By Ithma
  • September 7, 2026
MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah