Tiada negara di dunia bincang keperluan teknikal keselamatan di khalayak – Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju isu keperluan teknikal keselamatan negara dibicara secara umum.

Beliau malah menegaskan tidak ada negara di dunia membicarakan soal teknikal keselamatan secara terbuka sekali gus tidak setuju sekiranya isu pembelian senjata dan keistimewaan helikopter untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dibahaskan oleh Jawatankuasa Parlimen.

Anwar berkata demikian menjawab soalan tambahan yang dikemuka Datuk Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) sama ada helikopter yang dibekalkan kepada tentera sudah menjalani ujian dan memenuhi spesifikasi ketenteraan.

“Apakah ia boleh dibincangkan secara terbuka? Tidak ada negara di dunia ini yang bincang soal keperluan teknikal keselamatan untuk bicara secara umum. Tidak boleh.

“Saya tidak setuju kalau isu-isu pembelian senjata ini pun kita dah umumkan setakat yang boleh diumumkan, tetapi apakah keistimewaan tiap helikopter itu untuk TUDM, TLDM saya tidak fikir boleh dibiarkan oleh Jawatankuasa Parlimen.

“Itu pandangan saya boleh nanti kalau perlu Yang Berhormat minta Menteri Pertahanan atau Menteri Dalam Negeri teliti semula apa yang boleh disampaikan.

“Tetapi saya tidak fikir wajar untuk keselamatan negara, untuk kita bincang secara teliti soal spesifikasi dan keperluan dan kekuatan masing-masing kelengkapan tentera kita,” tegas Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, spesifikasi itu ditentukan oleh badan-badan ataupun TLDM, TUDM ikut keperluan mereka.

“Tidak semua Leonardo itu dalam satu jenis, bomba lain, dia kena bekalan air yang lain bekalan senjata itu secara detailnya tentu dipersiapkan dan yang minta dan beri syarat ini ialah pasukan bukan kerajaan.

“Maknanya seperti mana saya bacakan tadi TUDM, TLDM masing-masing mengemukakan keperluan mereka dan ini telah diambil kira oleh UKAS
dalam memberikan recommendation kerana ini masuk operate dan maintain (MRO).

“Yang dibangkitkan juga ialah tentang sama ada dia ada keupayaan, jadi saya fikir ini ditentukan oleh badan-badan yang berkaitan ataupun agensi
berkaitan. Mereka tetapkan spesifikasi dan spesifikasi itu mesti dipenuhi dan sebab itu Leonardo dia bangkitkan tentang keperluan dia buat beberapa penyesuaian untuk memenuhi permintaan dan pengguna dan saya tidak fikir dia jadi masalah ya.

“Dan ini sebenarnya menerus bahan, malah kalau tanya saya ya mungkin tidak disenangi sesetengah pihak, ini lebih telus. Kita buat G2G, ‘no commission, no agents direct’ bagi syarikat yang boleh dan tentunya kita bagi syarikat utama syarikat negara. Kita tak tak pergi kepada syarikat luar negara dan syarikat dalam negara yang punyai rekod prestasi yang memuaskan,” kata Anwar.

Related Posts

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.54 Pulai Sebatang, Haniff Hosman menegaskan bahawa 10 Tawaran Utama Johor Untuk Semua merupakan komitmen yang realistik dan menyeluruh bagi memastikan kemajuan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

PUTRAJAYA – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan memperkukuh penyampaian mesej Kerajaan MADANI kepada masyarakat India menerusi kerjasama strategik dengan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), termasuk penghasilan kandungan dalam bahasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti