Cara mohon pengecualian bayaran balik PTPTN (Kelas Pertama)

Oleh: Hidayatun Nufus (Pelatih UPM)

MESTI ramai graduan tahu, salah satu impian selepas konvo adalah bebas hutang. Bayangkan, selepas menamatkan pengajian dengan cemerlang, seorang graduan bukan sahaja menerima segulung ijazah, tetapi juga peluang untuk bebas daripada hutang PTPTN. Menarik, bukan? Inilah keistimewaan yang ditawarkan melalui inisiatif pengecualian bayaran balik PTPTN, sebuah penghargaan khas untuk graduan yang berjaya memperoleh keputusan akademik yang cemerlang.

Namun, apa sebenarnya pengecualian ini? Siapa yang layak untuk mendapatkannya? Dan bagaimana proses permohonannya?

Kini permohonan boleh dilakukan secara online melalui Portal Rasmi PTPTN sahaja. Jom ikuti langkah mudah membuat permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN anda.

Apa itu PTPTN?

PTPTN adalah badan yang menyediakan pinjaman pendidikan untuk pelajar yang melanjutkan pengajian ke IPT dalam negara. Pinjaman ni bertujuan membantu kos pembelajaran dan sara hidup sepanjang pengajian. Tapi, seperti pinjaman lain, ia perlu dibayar balik selepas tamat belajar.

Namun, bagi graduan kelas pertama, graduan ada peluang keemasan untuk dikecualikan daripada membayar balik hutang PTPTN. Ini adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk menghargai pelajar yang berjaya cemerlang dalam akademik tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama.

Syarat Kelayakan Utama

Antara syarat-syarat pengecualian bayaran balik pinjaman adalah seperti berikut:

  1. Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa;
  2. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT;
  3. Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN;
  4. Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain;
  5. Kursus/ program yang diikuti oleh peminjam di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan; dan
  6. Mengemukakan permohonan pengecualian bayaran balik di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.

NOTA: Untuk mendapat kepastian pangkat ijazah anda boleh tanya kepada unit pengijazahan akademik, kerana setiap universiti berbeza-beza grednya.

Cara Memohon

Peminjam perlu memohon secara online di Portal PTPTN – Pengecualian Ijazah Kelas Pertama selewat-lewatnya dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.

Permohonan selepas daripada tempoh tersebut tidak diterima.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian sahaja.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk membuat permohonan seperti di bawah. 

  1. Layari laman web rasmi PTPTN di pautan https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama dan klik pada Bayaran Balik.
  2. Klik pada Pengecualian Ijazah Kelas Pertama
  3. Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor peminjam. (Graduan boleh menghubungi pihak PTPTN untuk mendapatkan nombor pinjaman di saluran yang disediakan).
  4. Kemaskini maklumat pengajian, pekerjaan, status perkahwinan, maklumat ibu bapa dan lain-lain maklumat. 
  5. Akhir sekali, muat naik dokumen sokongan anda.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut: 

  1. Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol);
  2. Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan;
  3. Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS);
  4. Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah); dan
  5. Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip).

NOTA PENTING: Salinan dokumen sokongan  hendaklah disahkan oleh pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bahagian Akademik atau Bahagian Pengurusan Rekod yang mengeluarkan Ijazah di IPT) dengan cop pengesahan mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian sahaja melalui pautan : ​​

https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama​​

Semakan Status Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Kelas Pertama

Status permohonan boleh disemak dalam tempoh 60 hari daripada tarikh permohonan melalui 2 kaedah di bawah:

  1. Semak di Portal PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama)
  2. Hubungi Careline PTPTN (03-2193 3000) untuk mendapatkan No. Pinjaman atau;
  3. Surat makluman akan dihantar ke alamat surat menyurat peminjam.

Maklumat Lanjut

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Careline: 03 – 2193 3000
Faks: 03 – 2193 1263

Layari : https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama

Waktu operasi Live Chat PTPTN: 9.00 pagi – 5.00 petang (Isnin-Jumaat) kecuali Cuti Umum.

Related Posts

STeP perkasa usahawan, buka akses bantuan dan geran perniagaan

SUNGAI SIPUT – Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) terus memperkukuh agenda pembangunan usahawan negeri apabila seramai 30 usahawan sekitar Jalong dan kawasan berhampiran menyertai Program Taklimat Bantuan Keusahawanan dan Pendaftaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cahaya matahari hasilkan bahan api dari sisa plastik

SEKUMPULAN saintis kini sedang membangunkan kaedah inovatif bagi menangani dua krisis global secara serentak, iaitu pencemaran plastik dan permintaan terhadap tenaga bersih, dengan menukarkan sisa plastik kepada bahan api menggunakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman