Akmal doakan satu per satu keadilan berpihak kepada Najib

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh mendoakan agar satu per satu keadilan dan kemenangan akan berpihak kepada Datuk Seri Najib Razak.

Akmal berkata, keputusan mahkamah hari ini membuktikan bahawa Najib adalah mangsa pendakwaan politik dan sewajarnya beliau mendapat pengadilan yang adil.

“Alhamdulillah satu keadilan yang dinanti buat Datuk Seri Najib Razak.

“Kita akan terus mendoakan agar satu per satu keadilan dan kemenangan akan berpihak kepada beliau.

“Bagaimana beliau didakwa untuk kes ini semenjak 6 tahun yang lepas tetapi masih tidak dibicarakan sehingga keputusan hari ini.

“Keputusan mahkamah hari ini membuktikan bahawa Bossku adalah mangsa pendakwaan politik dan sewajarnya beliau mendapat pengadilan yang adil,” ujar Exco Melaka itu dalam hantaran di Facebooknya.

Pada Ogos 2023, Akmal mendesak (bekas) Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun menyiasat kesahihan dokumen tular yang didakwa sebagai ‘Memo Dalam’ Jabatan Peguam Negara (AGC) oleh pasukan pendakwaan International Petroleum Investment Company (IPIC).

Akmal berkata, dokumen setebal 12 muka surat bertarikh 10 September 2019 itu menyentuh tentang enam pertuduhan dikenakan terhadap Najib dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Menurutnya, sekiranya ia sahih, AGC perlu mengambil tindakan sewajarnya dengan menarik semula enam pertuduhan yang dikenakan terhadap dua individu tersebut selaras dengan rekomendasi dalam dokumen itu.

“Isi kandungan dokumen yang tular tersebut berbentuk rekomendasi daripada pasukan pendakwaan IPIC yang sebulat suara mengambil pendirian bahawa enam pertuduhan tersebut tidak memenuhi kehendak minimum untuk sesuatu pertuduhan pecah amanah (CBT) bagi mendapatkan kes prima facie.

“Dokumen yang tular didakwa ditujukan kepada Tan Sri Tommy Thomas (Peguam Negara Ketika itu),” katanya.

Hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat penghakiman lepas tanpa dibebaskan (DNAA) ke atas Najib dan Mohd Irwan dari enam pertuduhan pecah amanah (CBT) membabitkan RM6.6 bilion.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Najib dan Mohd Irwan melalui permohonan notis usul difailkan kedua-dua tertuduh hari ini setelah pejabat Peguam Negara gagal menyerahkan dokumen yang menjadi elemen pertuduhan.

Muhammad Jamil berkata, kegagalan pihak pendakwaan menyerahkan beberapa dokumen sulit yang penting kepada kedua-dua tertuduh untuk persediaan pembelaan mereka telah menyebabkan kecacatan dalam pertuduhan.

Beliau menegaskan pihak pendakwaan gagal mematuhi kehendak Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah yang memerlukan pendakwaan mendedahkan maklumat dan dokumen yang ingin dikemukakan dalam kes terhadap orang yang dituduh, sebelum perbicaraan dimulakan.

Pendakwaan kes ini bermula di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 25 Okt 2018 sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Related Posts

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, di sini, malam ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa polis menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri itu berhubung keputusan menerima proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET