1,346 mangsa banjir di 5 negeri, 6 sungai Kelantan lepasi bacaan paras bahaya

SETAKAT ini lima negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor dilanda banjir ekoran hujan lebat melanda semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, musibah itu menyebabkan 1,346 mangsa daripada 399 keluarga kini ditempatkan di 46 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Katanya, PPS yang dibuka membabitkan lapan daerah di Kelantan, dua di Terengganu dan masing-masing satu di Pahang, Johor, dan Perak.

“Amaran hujan berterusan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) juga menunjukkan keadaan cuaca yang berpotensi membawa risiko lebih besar terutamanya di kawasan yang dinyatakan dalam kategori Bahaya, Buruk dan Waspada.

“Hujan lebat dijangka berlarutan sehingga 29 November dan ini memerlukan kita semua lebih bersedia serta berwaspada,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara (Nadma) kemudian mengingatkan mereka berada di kawasan berisiko untuk mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengutamakan keselamatan.

“Jangan ambil risiko yang boleh membahayakan nyawa, terutamanya dalam situasi yang tidak menentu ini,” katanya.

Beliau juga mendoakan kepada semua mangsa yang terjejas agar terus tabah menghadapi ujian ini dan semoga segala urusan dipermudahkan.

“Untuk perkembangan terkini dan maklumat sahih mengenai keadaan cuaca, layari laman web rasmi dan media sosial Met Malaysia atau melalui aplikasi myCuaca,” katanya.

Dalam perkembangan sama, enam sungai di Kelantan melepasi bacaan paras bahaya sehingga 11 pagi ini.

Ia membabitkan sungai di beberapa daerah iaitu Bachok, Jeli, Kuala Krai, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Machang.

Berdasarkan publicinfobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sungai berkenaan adalah Sungai Lanas di Jeli, Sungai Golok di Rantau Panjang, Sungai Melor di Bachok, Sungai Semerak di Pasir Puteh, Sungai Kelantan di Kampung Temangan, Machang dan Sungai Galas di Dabong, Kuala Krai.

Satu sungai melepasi paras amaran iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai, manakala enam sungai melepasi paras berjaga-jaga.

Enam sungai berkenaan adalah Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah; Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat; Sungai Buaya di Pasir Puteh; Sungai Galas di Gua Musang; Sungai Kelantan di Kusial Baru dan Sungai Galas di Chegar Lapan, Kuala Krai.

Related Posts

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

PUTRAJAYA – DAP memutuskan untuk terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal Parlimen ke-15. Keputusan itu dibuat menerusi undian perwakilan pada Persidangan Kebangsaan DAP 2026, hari ini, dengan 1,857…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menepis dakwaan tular di media sosial kononnya bapa beliau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam