Najib, Irwan Serigar lepas tanpa bebas kes IPIC babitkan RM6.6 bilion

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) atas enam pertuduhan pecah amanah (CBT) membabitkan RM6.6 bilion.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan DNAA pasukan pembelaan, berikutan kegagalan pihak pendakwaan menyerahkan beberapa dokumen sulit yang penting kepada kedua-dua tertuduh untuk persediaan pembelaan mereka.

Kes jenayah itu telah berlarutan sejak Najib yang juga bekas Perdana Menteri dan Irwan pertama kali didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 25 Oktober 2018. Kes itu kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Semasa prosiding mahkamah terbuka pagi ini, hakim Muhammad Jamil Hussin menegaskan bahawa pihak pendakwaan gagal mematuhi kehendak Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah.

Mengikut undang-undang pihak pendakwaan perlu mendedahkan maklumat dan dokumen yang ingin dikemukakan dalam kes terhadap orang yang dituduh, sebelum perbicaraan dimulakan.

“Saya menggunakan kuasa sedia ada (mahkamah) untuk memberikan DNAA kepada kedua-dua tertuduh kerana pihak pendakwaan tidak mematuhi Seksyen 51A CPC.

“DNAA tidak menjejaskan pihak pendakwaan kerana kedua-dua tertuduh masih boleh didakwa semula (pada masa hadapan jika pihak pendakwaan mahu berbuat demikian).

“Kes itu didaftarkan pada 2018 namun perbicaraan tidak dapat diteruskan walaupun beberapa penjadualan semula tarikh perbicaraan ditetapkan,” katanya lapor Malaysiakini pada Rabu.

Menurutnya, ini adalah suatu kelewatan melampau.

“Permohonan tertuduh pertama (Najib) dan tertuduh kedua (Irwan) dalam notis usul dibenarkan.

“Oleh itu tertuduh pertama dan kedua dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA daripada keenam-enam pertuduhan. Wang jamin dikembalikan kepada penjamin,” katanya.

Pada 25 Oktober 2018, Najib dan Irwan mengaku tidak bersalah atas enam tuduhan pecah amanah ke atas harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).

Mereka didakwa melakukan semua kesalahan itu di Kompleks Kementerian Kewangan di Putrajaya antara 21 Disember 2016 hingga 18 Disember 2017.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok