Rombakan Exco Perlis: AMK seru kerajaan negeri fokus kepentingan rakyat

KANGAR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perlis menyuarakan kebimbangan terhadap rombakan barisan Exco Kerajaan Negeri Perlis yang diumumkan semalam, dengan menyifatkan tindakan itu menimbulkan persoalan tentang hala tuju pentadbiran negeri.

Ketua AMK Perlis, Azzin Izzad Bahanudin berkata, keputusan rombakan tersebut mencerminkan kekeliruan kerajaan negeri dalam menentukan keutamaan pentadbiran dan strategi pembangunan.

“Jika prestasi menjadi asas pengguguran, mengapa Exco yang menghadapi masalah kesihatan tidak digantikan? Keputusan ini perlu diperjelaskan kepada rakyat,” katanya.

Rombakan Exco menyaksikan dua Exco daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu Wan Zikri Afthar Ishak dan Megat Hashirat Hassan digugurkan, manakala ADUN Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad, yang dikatakan menghadapi masalah kesihatan, dikekalkan.

Menurut Azzin, kenyataan Wan Zikri bahawa beliau tidak dimaklumkan sebab penggugurannya dan hanya diberitahu bahawa ia berkaitan isu politik oleh Menteri Besar Perlis, mencerminkan ketelusan pentadbiran yang dipertikaikan.

Tambahnya, kerajaan negeri perlu memberikan fokus kepada isu-isu utama yang membelenggu rakyat, khususnya cabaran ekonomi dan peluang pekerjaan yang terhad.

“Dalam situasi ekonomi yang semakin mencabar, kerajaan negeri seharusnya mengambil langkah konkrit untuk meningkatkan hasil negeri dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, khususnya kepada golongan muda.

“Fokus kerajaan sepatutnya terhadap kesejahteraan rakyat, bukan politik dalaman dan persengketaan antara Paa dan Bersatu,” katanya lagi.

AMK turut menyifatkan rombakan itu sebagai petanda kelemahan kepimpinan kerajaan negeri. Azzin berkata, ini merupakan rombakan Exco ketiga yang berlaku dalam tempoh dua tahun pemerintahan Perikatan Nasional (PN) di Perlis.

“Rakyat memerlukan kepimpinan yang mantap dan jelas. Malangnya, rombakan ini hanya berpotensi merosakkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan,” katanya.

Justeru, AMK menuntut kerajaan negeri untuk memberikan penjelasan yang telus mengenai rasional di sebalik rombakan ini serta pelan tindakan jelas untuk memperbaiki keadaan ekonomi negeri.

“Kami berharap kerajaan negeri memberi tumpuan kepada isu-isu utama, termasuk memperbaiki taraf ekonomi dan mencipta peluang pekerjaan baharu, khususnya untuk golongan belia,” tegasnya.

Sebagai pembangkang, Azzin menegaskan AMK Perlis akan terus memainkan peranan memantau tindakan kerajaan negeri dan memastikan mereka bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan rakyat Perlis.

Related Posts

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

PUTRAJAYA – Kerajaan memperluas pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan membolehkan kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter mulai esok.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) baharu di lobi Parlimen di sini hari ini. Anwar berkata, pasport tersebut dilengkapi dengan 94 ciri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil