Kerajaan PN Perlis gagal, bubar DUN segera – Angkatan Muda Harapan

KANGAR – Angkatan Muda Harapan Negeri Perlis menggesa agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis dibubarkan segera untuk mengembalikan mandat kepada rakyat susulan kegagalan pentadbiran kerajaan negeri.

Ketua Angkatan Muda Harapan negeri, Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad berkata, pertukaran Exco sebanyak tiga kali dalam tempoh singkat mencetuskan kekacauan politik dan menunjukkan kelemahan dalam pengurusan kerajaan negeri di bawah Perikatan Nasional (PN).

“Tindakan ini bukan sahaja mencerminkan ketidakmampuan mentadbir negeri tetapi turut meletakkan rakyat dalam risiko akibat ketidaktentuan yang melanda kepimpinan negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menyifatkan alasan bahawa Exco lama tidak berfungsi dengan baik sebagai tidak kukuh, sambil menegaskan kelemahan utama terletak pada kepimpinan kerajaan negeri yang tidak mempunyai ketokohan dan visi jelas untuk mentadbir.

Menurutnya, tindakan sedemikian menjejaskan keyakinan pelabur sekaligus memberi imej buruk kepada Perlis di mata nasional.

“Lebih membimbangkan, kerajaan negeri gagal menunjukkan inisiatif serius untuk meningkatkan ekonomi dan hanya bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan Persekutuan bagi menampung kos pentadbiran,” ujarnya.

Ahmad Fadhzil menambah, walaupun Perlis mempunyai potensi besar dalam sektor pelancongan, pertanian dan inovasi, kelemahan pentadbiran menyebabkan negeri itu terus ketinggalan berbanding negeri lain.

“Kebergantungan melampau kepada Persekutuan hanya memburukkan lagi persepsi bahawa negeri ini tidak mampu berdikari dan mencalarkan maruah rakyat Perlis,” jelas beliau.

Sehubungan itu, Angkatan Muda Harapan mendesak agar kerajaan negeri mengambil langkah berani untuk membubarkan DUN demi memberi peluang kepada rakyat memilih kepimpinan baharu yang lebih kompeten.

“Cukup-cukuplah mencemarkan nama Perlis dengan pentadbiran yang lemah. Kita memerlukan pemimpin yang berwibawa untuk memajukan negeri ini,” tegasnya.

Related Posts

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Subang, Wong Chen mengumumkan peletakan jawatannya sebagai wakil rakyat kawasan itu berkuat kuasa 5 petang ini. Beliau berkata, surat peletakan jawatan berkenaan telah diserahkan kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Abdul Karim seru kontinjen Sarawak pertahankan gelaran juara SUKMA

KUCHING – Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menyeru kontinjen negeri itu membuktikan keupayaan sebenar dengan mempertahankan gelaran juara keseluruhan pada temasya Sukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini

Abdul Karim seru kontinjen Sarawak pertahankan gelaran juara SUKMA

Abdul Karim seru kontinjen Sarawak pertahankan gelaran juara SUKMA

Uniform sekolah NADI Mahir Jahit: ‘Rakyat bantu rakyat’

Uniform sekolah NADI Mahir Jahit: ‘Rakyat bantu rakyat’

Jambatan Sungai Limbang Kedua 90 peratus siap

Jambatan Sungai Limbang Kedua 90 peratus siap

Arul Kumar kini Pengerusi DAP Negeri Sembilan

Arul Kumar kini Pengerusi DAP Negeri Sembilan

Peranan masjid perlu diperluas sebagai pusat pembangunan ummah

Peranan masjid perlu diperluas sebagai pusat pembangunan ummah