Kerajaan Perak sasar industri kopi negeri mampu tembusi pasaran halal global

IPOH – Kerajaan Negeri Perak yakin industri kopi di negeri ini mempunyai potensi besar bukan sahaja dalam pasaran halal tempatan, malah mampu menembusi pasaran halal global.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, permintaan produk halal yang tinggi secara tidak langsung membuka ruang untuk lebih banyak jenama kopi halal di Perak untuk menembusi pasaran di peringkat antarabangsa.

Ujarnya, pembangunan itu perlu dilaksanakan secara inklusif dengan melibatkan para usahawan yang terlibat bukan sahaja menerima bimbingan tetapi juga sokongan berterusan daripada pelbagai agensi.

“Baru-baru saya mengadakan lawatan kerja ke Dubai dan Pakistan kerana ada beberapa pelabur berpotensi untuk melabur di Taman Industri Halal Perak (Perak HIP) di Lekir.

“Kita telah kenal pasti potensi-potensi usahawan dan pelabur untuk di bawa ke Perak HIP. Jadi kita juga boleh bawa pengusaha kopi di negeri ini dengan menjadikan tempat sama sebagai lokasi mempromosikan produk masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Cherita Secangkir Kopi di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, dekat sini, pada Sabtu.

Hadir sama Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Perak, Datuk Salbiah Mohamed; Pengarah Jabatan Pertanian Negeri, Norsiyenti Othman serta Pengarah Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP), Rozlan Mohammad Razali.

Mengulas lanjut, Saarani berkata, STeP sebagai agensi yang memfokuskan pembangunan usahawan di Perak diminta untuk memberi perhatian kepada aspek pembangunan usahawan kopi pada tahun hadapan.

“Dianggarkan pasaran kopi bernilai dollar Amerika Sayarikat (USD) 461.25 bilion pada tahun 2022 dan dijangka mencapai USD 690.09 bilion menjelang 2030, dengan pertumbuhan tahunan sebanyak 5.2 peratus.

“Hal ini juga didorong dengan perkembangan kopi semasa yang menggalakkan apabila pasaran minuman itu juga berkembang pesat di peringkat global,” ujarnya.

Jelas beliau lagi, dalam konteks domestik, data Organisasi Kopi Antarabangsa pada tahun lalu menunjukkan rakyat Malaysia adalah antara peminum kopi terbanyak di Asia Pasifik, dengan purata lebih 100 cawan setahun bagi setiap individu.

Ujarnya, budaya tersebut secara tidak langsung telah menyumbang kepada perkembangan pesat kafe dan gerai kopi yang kini menjadi pilihan utama masyarakat pelbagai peringkat.

“Jenama Kopi Perak, hasil tanaman dan pemprosesan di negeri ini, telah menjadi kebanggaan tempatan.

“Inisiatif Jabatan Pertanian Negeri melalui jenama Kopi Perak yang dilancarkan pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 pada bulan lalu menjadi kebanggaan negeri,” kata beliau.

Tambah Saarani, dengan dedikasi tersebut, biji kopi berkualiti tinggi dapat dihasilkan dan ianya melambangkan usaha gigih negeri untuk mengukuhkan kedudukan dalam industri kopi.

Related Posts

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

BUKIT MERTAJAM – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada 8 Ogos ini bagi meneliti punca kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain merangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

TAWAU – Projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III bernilai RM450.5 juta iaitu pembinaan Empangan Air yang membekal air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Cinta Mata 1 dan 2…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan