Sarawak fokus tingkatkan kualiti pendidikan

KUCHING – Sarawak akan terus fokus meningkatkan kualiti pendidikan dengan membangun sekolah daif melalui peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan Persekutuan.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif terbesar ini merupakan  program bayaran pendahuluan RM1 bilion yang bertujuan memperbaiki infrastruktur sekolah-sekolah yang terbiar dan tidak selamat.

“Sebanyak 58 projek sudah berjaya diselesaikan dan memberi manfaat kepada hampir 10,000 pelajar dengan akses kemudahan pembelajaran yang berkualiti,” kata beliau semasa menggulung perbahasan bagi Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Isnin.

Sementara itu, Roland menjelaskan Sarawak sudah melaksanakan projek rakyat yang melibatkan pembinaan semula tiga sekolah, serta 28 sekolah lagi di bawah Projek Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NERA).

“Lebih 9,000 pelajar telah mendapat manfaat daripada usaha ini,” kata beliau.

Tambah beliau, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Projek Bayaran Pendahuluan RM100 juta untuk membaik pulih sekolah daif.

“Keutamaan diberikan kepada sekolah daif terutama kategori tidak selamat dan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh 18 bulan,” jelas beliau.

Beliau menegaskan Sarawak sangat komited dalam memastikan generasi akan datang dapat menikmati kemudahan pembelajaran yang selesa dan berkualiti.

Related Posts

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

BETONG – Program Sarawakku Sayang Bahagian Betong yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Sukan Betong berjaya menarik seramai 97,225 pengunjung. Program berkenaan turut menghimpunkan 48 agensi yang menawarkan sebanyak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

PUTRAJAYA – UMNO berdepan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi tanggungjawabnya terhadap institusi diraja dan adat Negeri Sembilan sekiranya gagal memainkan peranan menyelesaikan kemelut yang dilihat semakin meruncing dalam negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah