Selalu bertanya guru, kunci kejayaan – Annuar Rapee

PUSA – Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusa dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beladin telah menyertai Kursus Pelajar Melayu-Islam Cemerlang (KPMIC) 2024 Siri III: Pusa di Dewan Tandang Sari, SMK Pusa yang melibat 100 pelajar tingkatan satu.

Antara objektif kursus ini adalah Pelaksanaan ke arah mencapai salah satu objektif dalam teras pendidikan Pelan Strategik Melayu Sarawak 2035.

Program ini juga dijustifikasikan selaras dengan Pelan Strategik Melayu Sarawak (PSMS) 2035 dalam teras pendidikan iaitu mengukuhkan kemahiran insaniah pelajar Melayu Sarawak dalam usaha mencapai sasaran meningkatkan pencapaian pendidikan rendah dan menengah untuk memastikan 50 peratus keluarga Melayu Sarawak memiliki ijazah dan 50 peratus lagi memiliki diploma yang berkualiti.

Timbalan Menteri Pendidikan dan Invosi Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee menyatakan seseorang pelajar itu harus rajin bertanya dengan guru jika tidak faham apa-apa yang diajarkan di bilik darjah.

“Amalan selalu bertanya guru merupakan salah satu kunci kejayaan seorang pelajar yang cemerlang, dan semua pelajar harus berjanji akan membudayakan amalan bertanya kepada guru jika tidak faham apa yang diajar,” tambahnya lagi ketika berucap di Majlis Perasmian Penangguhan Kursus Pelajar Melayu-Islam Cemerlang (KPMIC) 2024 Siri III: Pusa pada Sabtu.

Program KPMIC ini dianjurkan oleh Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) yang berkonsepkan wadah wacana minda, pendedahan asas kepada pembangunan sikap, pemantapan keyakinan diri serta mempertingkat motivasi pelajar dalam kecemerlangan akademik melalui kaedah interaktif dan berkumpulan.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor; Setiausaha Politik kepada Premier, Sayed Azmi Wan Junaidi; Pengetua SMK Pusa, Saini Bakar; Pengetua SMK Beladin, Abdul Talip Sulaiman; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Pusa, Ramli Ayong; Pengerusi Program KPMIC, Awangku Azizul Awangku Omar; Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Guru dan Pelajar SMK Pusa dan SMK Beladin serta kakitangan AKYBMS.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai