Kediaman Netanyahu dilempar objek dipercayai suar

TEL AVIV – Polis Israel mengumumkan pada Sabtu bahawa pihaknya mengesan dua suar yang dilepaskan berhampiran kediaman Perdana Menteri Benjamin Netanyahu di Caesarea, utara Israel.

“Sekitar pukul 19:30 waktu Tel Aviv (1730 GMT), dua suar dikesan telah ditembak berhampiran rumah Perdana Menteri di Caesarea, di mana ia jatuh di kawasan halaman rumah.

“Pihak polis dan perkhidmatan keselamatan Shin Bet (Shabak) kini berada di lokasi kejadian,” kata pihak polis.

Menurut polis Israel, Netanyahu dan ahli keluarganya tidak berada di rumah semasa kejadian itu berlaku, lapor Anadolu.

Pihak polis berkata bahawa mereka telah membuka siasatan bersama dengan Shabak, kerana ia melibatkan peningkatan insiden serius yang ketara malah tindakan siasatan lanjut akan diambil.

Radio Tentera Israel yang rasmi melaporkan bahawa suar tersebut tidak menyebabkan sebarang kerosakan namun tiada sebarang maklumat daripada pihak polis dan radio tentera mengenai sumber objek tersebut.

Pada 19 Oktober lalu, Pejabat Netanyahu mengesahkan bahawa sebuah dron yang dilancarkan dari Lubnan menyasarkan rumah Netanyahu di Caesarea yang mana serangan tersebut didakwa dilancarkan oleh Hizbullah.

Netanyahu dan keluarganya tidak berada di rumah ketika kejadian, dan tiada siren dibunyikan di kawasan tersebut berkaitan dengan insiden itu, menurut media Israel.

Israel melancarkan kempen udara secara besar-besaran ke arah Lubnan menyasarkan kumpulan Hizbullah sejak akhir September sebagai peningkatan dari perang rentas sempadan yang berlangsung selama setahun.

Lebih daripada 3,400 orang telah terbunuh, hampir 14,700 cedera, dan lebih daripada 1 juta penduduk dipindahkan akibat serangan Israel sejak Oktober lalu, menurut pihak berkuasa kesihatan Lubnan.

Walaupun terdapat amaran antarabangsa bahawa rantau Timur Tengah berada di ambang perang serantau, Tel Aviv memperluaskan konflik dengan melancarkan pencerobohan ke selatan Lubnan pada 1 Oktober.

Related Posts

Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

WASHINGTON – Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan 153 orang awam dan mencederakan 243 yang lain sepanjang 2025, menurut seorang pegawai AS, yang memetik penilaian Pentagon. Jumlah itu meningkat ketara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

JAKARTA – Lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini