Sabah umum belanjawan tertinggi RM6.421 bilion

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui pembentangan Belanjawan 2025 mengumumkan anggaran perbelanjaan berjumlah RM6.421 bilion dengan anggaran hasil negeri sebanyak RM6.445 bilion.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, perbelanjaan itu adalah yang tertinggi dalam sejarah dengan lebihan sebanyak RM24.08 juta dan daripada jumlah itu, Belanjawan Negeri 2025 disediakan dengan agihan Anggaran Perbekalan dan Anggaran Pembangunan mengikut Kementerian.

“Belanjawan 2025 ini bertemakan `Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera’, menegaskan betapa pentingnya untuk berbelanja mengikut keupayaan berasaskan sumber hasil yang mampu dikutip.

“Semua pihak perlu mengutamakan pengurusan yang cekap dan mengamalkan disiplin kewangan yang tinggi.

“Pendekatan ini selaras dengan aspirasi Kerajaan Sabah untuk memantapkan kedudukan kewangan di samping menangani masalah ketirisan dan pembaziran hasil,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 negeri Sabah, di Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) di sini pada Jumaat.

Masidi turut menjelaskan daripada jumlah belanjawan tersebut akan diagihkan perbelanjaannya mengikut kementerian.

“Kementerian Kewangan RM3.073 bilion perbekalan dan RM5.00 juta pembangunan, dan Kementerian Kerja Raya, RM1.097 bilion perbekalan, RM249.86 juta pembangunan. Jabatan Ketua Menteri, RM776.39 juta perbekalan, RM210.87 juta pembangunan.

“Manakala Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, RM373.24 juta perbekalan, RM148.13 juta pembangunan. Kementerian Pembangunan Luar Bandar, RM106.43 juta perbekalan, RM243.50 juta pembangunan.

“Seterusnya Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, RM227.69 juta perbekalan, RM19.32 juta pembangunan. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, RM181.35 juta perbekalan, RM14.65 juta pembangunan.

“Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, RM150.51 juta perbekalan, RM11.91 juta pembangunan. Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, RM128.20 juta perbekalan, RM27.07 juta pembangunan. Kementerian Belia dan Sukan, RM90.17 juta perbekalan, RM11.29 juta pembangunan,” katanya.

Tambahnya, Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan pula diperuntukkan RM29.15 juta perbekalan, RM34.90 juta pembangunan.

Related Posts

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

KUANTAN – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan (MAHA) Pahang 2026 merekodkan kehadiran 212,374 pengunjung dengan nilai jualan mencecah RM2.33 juta sekali gus mengatasi pencapaian penganjuran sulung di Temerloh tahun lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

LIMBANG – Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyarankan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) menjadi barisan hadapan bagi memelihara alam sekitar peringkat akar umbi. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas

Malaysia sedang menuju sasaran 12 ekonomi paling berdaya saing dunia

Malaysia sedang menuju sasaran 12 ekonomi paling berdaya saing dunia

Beri mandat pada PH, nilai rekod tadbir urus Aminuddin

Beri mandat pada PH, nilai rekod tadbir urus Aminuddin