Jelapang padi kedua negara di Sarawak sedang giat diusahakan – Mat Sabu

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang giat mengusahakan Jelapang Padi kedua negara di Sarawak.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran padi dan beras, sekali gus mengukuhkan keterjaminan makanan negara.

Menurut beliau usaha ini juga akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan serta memacu pembangunan sektor pertanian di negeri Sarawak.

“Ini adalah salah satu langkah reformasi industri padi dan beras negara.

“Usaha ini dilakukan demi menjamin keselamatan makanan dan kemandirian bekalan negara,” katanya pada Jumaat.

Untuk rekod, Sarawak menyumbang 6.5 peratus pengeluaran beras negara berbanding negeri jelapang padi, Kedah iaitu 36.6 peratus.

Sarawak dijangka bakal menjadi jelapang padi terbesar di Malaysia pada penghujung 2030 susulan usaha kerajaan Sarawak untuk mengeluarkan lebih banyak padi dan beras di negeri tersebut.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum ini pernah berkata, kawasan Lingga dan Stumbin, Sri Aman telah dikenal pasti sebagai kawasan pengeluaran padi, selain Simunjan, Gedong dan Lundu.

Katanya, fasa pertama ini memerlukan suntikan dana berjumlah RM500 juta untuk membangunkan saliran yang akan dibiayai oleh kerajaan Sarawak.

Menurutnya, Sarawak hanya memerlukan 240,000 metrik tan beras sahaja, selebihnya akan dikongsi bersama di Semenanjung Malaysia.

Related Posts

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, di sini, malam ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa polis menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri itu berhubung keputusan menerima proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET