ADUN Tanjong Datu cadang Lundu perlu pelan pembangunan, fokus sektor pelancongan

KUCHING – Kerajaan Sarawak digesa untuk merangka pelan struktur pelancongan dalam jangka panjang di Lundu.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Azizul Anuar Adenan, pelan induk pelancongan sedia ada sudah dibangunkan bagi tempoh 2014 hingga 2018.

“Saya berharap kerajaan Sarawak dapat merangka Pelan Struktur dan Pelancongan Daerah Lundu yang baharu,” kata beliau.

Tambah beliau, pelan ini perlu disiapkan supaya dapat merancang projek dan membangunkannya secara mampan.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 (2024) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini pada Khamis.

Sementara itu, Azizul juga berharap Projek Pembangunan Bandar untuk Lundu perlu dirangka bagi memacukan pembangunan yang komprehensif untuk Lundu.

“Populasi penduduk di Lundu semakin bertambah dan perancangan penempatan tidak terancang,” ujar beliau.

Oleh itu, beliau berharap kerajaan Sarawak dapat melaksanakan satu pelan pembangunan bandar yang diinspirasi seperti projek Darul Hana.

Related Posts

16 rumah musnah, 300 selamat dari kebakaran

TAWAU – Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan kira-kira 300 rumah daripada musnah dalam insiden kebakaran di Batu 2 Jalan Apas, pada Jumaat. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan penyelamat Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki 42 tahun direman enam hari bantu siasatan kes rogol di Jalan Petanak

MUKAH – Seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan wanita berusia 18 tahun di sebuah kediaman di Jalan Petanak. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

16 rumah musnah, 300 selamat dari kebakaran

  • By Fatin
  • October 17, 2026
16 rumah musnah, 300 selamat dari kebakaran

Lelaki 42 tahun direman enam hari bantu siasatan kes rogol di Jalan Petanak

Lelaki 42 tahun direman enam hari bantu siasatan kes rogol di Jalan Petanak

HASiL iktiraf peranan media, kutipan cukai lepasi RM200 bilion pada 2025

HASiL iktiraf peranan media, kutipan cukai lepasi RM200 bilion pada 2025

Henti sementara pergerakan lori balak hingga siasatan selesai – Suhaimi

  • By Fandi
  • October 17, 2026
Henti sementara pergerakan lori balak hingga siasatan selesai –  Suhaimi

Video Menteri Dalam Negeri upacara kahwin bukan Islam rakaman 2023 – JPN

Video Menteri Dalam Negeri upacara kahwin bukan Islam rakaman 2023 – JPN

Raja Permaisuri Agong bimbang kesan jerebu terhadap kesihatan murid

Raja Permaisuri Agong bimbang kesan jerebu terhadap kesihatan murid