Pertikaian Laut China Selatan tak akan jadi konflik serantau, jamin Khaled

KUALA LUMPUR – Pertikaian sempadan di Laut China Selatan tidak akan bertukar menjadi konflik serantau.

Hal ini kerana semua negara bersetuju dengan pendekatan diplomasi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan, semua negara Asean bersetuju berhubung perkara-perkara pertikaian, mesti berdasarkan undang-undang antarabangsa dan konvensyen un­dang-undang laut.

Malah Khaled berkata, Malaysia sendiri akan menggunakan pendekatan diplomasi, iaitu memanfaatkan hubungan baik dengan China dan kedudukan dalam Asean sama ada di pe­ringkat ketua kerajaan atau dalam kala­ngan menteri-menteri pertaha­nan dalam situasi berkenaan.

“Kita telah menandantangi Deklarasi Perilaku Pihak-pihak (DOC) antara Asean dan China pada 2002, yang mana dalam perjanjian itu, semua negara Asean mengambil pendekatan ‘kekal’ untuk memastikan pendekatan yang diambil di Laut China Selatan tidak meningkatkan ketegangan di lapangan.

“Ketika ini kita sedang berunding mengenai Kod Tata Kelakuan (COC) di Laut China Selatan supaya dapat mengelakkan konflik dan ketegangan,” katanya lapor Utusan pada Selasa.

Pada masa sama, Khaled memberitahu bahawa Malaysia akan terus membuat bantahan atau protes secara konsisten sekiranya mendapati mana-mana kapal termasuk dari China memasuki ke kawasan perairan milik Malaysia.

“Malaysia akan mengeluarkan notis bantahan sekiranya berlaku tuntutan sama ada daripada China, Filipina, Brunei atau Vietnam.

“Selain itu, kita laksanakan pelbagai operasi dan kawalan secara bersepadu bersama tentera udara dan Agensi Penguatkuasaan Maritim. Yang penting memperagakan kehadiran di semua kawasan-kawasan kita.

“Ini termasuk memastikan kesedaran dominan maritim. Maknanya kita ambil tahu, apa yang ada di kawasan itu seperti jenis batu dan mineral kerana kita buat tinjuan untuk memastikan ini kawasan kita,” katanya.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX