Pengurusan cekap, ekonomi stabil faktor utama bantuan dapat disalur segera

ALOR SETAR – Kedudukan ekonomi negara yang kukuh dan pengurusan cekap menyebabkan Kerajaan Madani mampu menyalurkan bantuan kepada rakyat dengan segera sekiranya berlaku sebarang bencana.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keupayaan kerajaan menguruskan kewangan dengan baik secara tidak langsung menyumbang kepada kestabilan politik dan menarik pelabur luar.

“Sudah tentu sebuah kerajaan yang adil akan mengutamakan kebajikan rakyat yang berdepan musibah berbanding perkara lain.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa mempelawa pelabur asing untuk melabur ke Malaysia atas faktor politik negara stabil biarpun ada perbezaan pendapat namun dapat diuruskan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan ihsan Perdana Menteri kepada pesawah yang terkesan akibat bencana banjir, di sini, hari ini.

Saifuddin yang juga Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kedah berkata, kedudukan kewangan negara yang stabil dicapai hasil daripada penekanan Perdana Menteri agar mengawal perbelanjaan negara.

Menurutnya, kerajaan juga tidak berbelanja secara boros selain sangat fokus dalam mengekang rasuah dan penyelewengan.

“Bantuan boleh dikeluarkan selagi kedudukan kewangan kerajaan dalam keadaan baik.

“Bila ditimpa ujian banjir di beberapa negeri, ketika itulah kita perlu segera salurkan bantuan. Inilah yang kita lakukan selepas Perdana Menteri umumkan bantuan RM13 juta kepada Kedah,” katanya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok