Hubungan Malaysia-China masuki dimensi baharu

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembinaan ‘Komuniti China-Malaysia dengan Masa Depan Bersama’ kini mencapai tahap baharu.

Dalam wawancara eksklusif bersama People’s Daily Online semasa lawatan kerjanya di Shanghai, China baru-baru ini, Anwar berkata, Malaysia bersedia memperluas pertukaran kepakaran dan kemahiran dengan China dalam bidang perdagangan, pelaburan, komunikasi, ekonomi digital, dan pendidikan untuk memperkukuh kerjasama.

“Pembinaan komuniti Malaysia dan China dengan masa depan bersama telah memuncak dalam tempoh setahun lalu.

“Kerjasama Malaysia-China meningkat secara menyeluruh dan strategik,” katanya dan berharap kedua-dua negara terus mewujudkan peluang kerjasama baharu.

Dalam rangka lawatan rasmi Anwar ke China pada Mac tahun lalu, pemimpin kedua-dua negara mencapai kesepakatan untuk membina ‘Komuniti China-Malaysia dengan Masa Depan Bersama’.

Perkembangan ini menandakan lembaran baharu dalam sejarah hubungan dua hala.

Anwar yakin bahawa pembinaan ‘Komuniti China-Malaysia dengan Masa Depan Bersama’ berlandaskan rasa saling hormat, mempunyai titik pertemuan jelas dengan konsep Malaysia Madani diketengahkan Kerajaan Malaysia.

Sempena 50 tahun hubungan diplomatik China dan Malaysia, Anwar berkata, hubungan kedua-dua negara mengekalkan momentum kerjasama yang baik.

Masa Depan Dasar Halal Negara

Lawatan Anwar ke China baru-baru ini antaranya untuk menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE). di mana Malaysia ialah satu dari negara tetamu kehormat untuk ekspo itu.

Mengulas mengenai ekspo berkenaan, Anwar menyatakan penglibatan dalam CIIE memberikan peluang kepada syarikat Malaysia menembusi pasaran China.

Beliau berkata, ekspo itu bukan sahaja memaparkan pencapaian China malah ia juga menawarkan ruang dan peluang kepada syarikat dari negara membangun termasuk Malaysia mempromosikan produk masing-masing, sekali gus menjadi wadah baharu untuk meneroka kerjasama.

Menyentuh usaha China menggalakkan keterbukaan dan mengejar pemodenan, Anwar menyambut baik komitmen China dan menegaskan bahawa pencapaian China dalam merealisasikan pembangunan dengan mengekalkan identiti sendiri dan berkongsi hasilnya dengan dunia membawa kepada pelbagai peluang baharu.

Asean juga memanfaatkan pengalaman dan kekuatan China, termasuk dari segi teknologi baharu, digital, tenaga hijau, kata Anwar.

Anwar berkata, beliau akan memanfaatkan peranan Malaysia sebagai Pengerusi Asean tahun hadapan untuk memperkukuh hubungan Asean dan China serta mengukuhkan sinergi dengan China khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok