Lebih 12,000 meriahkan LHKSNS di Bandar Diraja Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR – Bandar Diraja Kuala Kangsar, sekali lagi menjadi tumpuan apabila lebih 12,000 orang menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah (LHKSNS) 2024, di sini pada Ahad.

Acara yang memasuki edisi ke-12 itu kembali diadakan di Kuala Kangsar selepas dianjurkan di Taiping pada edisi tahun lalu bersempena dengan sambutan ke-150 tahun Bandar Warisan itu.

Sememangnya acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh penduduk bandar ini terutamanya kerana keunikan program yang ditonjolkan.

Menurut seorang peserta, Nur Alyaa Danial Najib, 15, ini merupakan penglibatan pertamanya dalam menyertai acara tersebut dan baginya sangat mengujakan.

“Selain dapat melihat Sultan Perak dengan lebih dekat, saya teruja dengan keunikkan acara serta gelagat para peserta yang mencuit hati dengan memakai kepelbagaian fesyen tersendiri.

“Harapan saya, agar Kuala Kangsar akan terus menjadi lokasi saban tahun untuk program LHKSNS ini,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP).

Terdahulu, pada acara larian itu ada kalangan peserta larian turut mengenakan busana tradisional, kostum haiwan, serta kostum watak-watak terkenal dalam filem antarabangsa.

Seorang peserta dari Kedah, Arizman Hashim, 43, berkata, meriahnya LHKSNS ini adalah para peserta dan acara yang dihidangkan.

“Kita dapat melihat ada peserta yang berlari sambil memakai kostum binatang, fesyen rock, bahkan ada yang memakai baju nikah.

“Paling dinantikan persembahan di setiap trek larian di samping melihat keindahan kampung-kampung di bandar Kuala Kangsar,” ujarnya yang juga pertama kali turut menyertai.

Kesemua peserta dipersembahkan dengan pelbagai persembahan di sepanjang trek larian di sekitar Kota Lama Kanan dan Sayong.

Antaranya, persembahan kebudayaan, sajian kuih tradisional, demonstrasi kerbau membajak sawah, dan sebagainya.

Turut berangkat ke larian berkenaan adalah, Sultan Nazrin, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; anakanda baginda, Raja Nazira Safya dan adinda Sultan Nazrin, Raja Datuk Seri Yong Sofia.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; isteri, Datin Seri Aezer Zubin, serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Saidi Abdul Rahim.

Terdahulu, larian yang diadakan bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Perak itu bermula dengan pelepasan 5,579 peserta larian bagi kategori 15 kilometer (km) pada jam 6.50 pagi oleh baginda di Dataran Pavilion Kuala Kangsar.

Sultan Nazrin turut berkenan melepaskan peserta larian kategori 10km melibatkan 4,623 peserta dan 1,418 peserta bagi kategori 7km.

Baginda dan Tuanku Zara kemudian berkenan bersama tetamu kehormat lain dalam acara kategori tetamu kenamaan yang disempurnakan pelepasannya oleh Raja Yong Sofia.

Selepas acara larian tersebut, baginda berdua turut disajikan dengan persembahan pancaragam daripada pe­lajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar serta persembahan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Tuanku Zara kemudian berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang acara LHKSNS 2024.

Related Posts

Cubaan 34 PATI ceroboh masuk laluan laut gagal

LUMUT – Cubaan 34 pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki negara secara haram melalui laluan laut gagal selepas tindakan pantas Maritim Malaysia dan Pasukan Gerakan Am (PGA) memintas sebuah bot…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat cedera kemalangan bas, treler

MARAN – Empat individu cedera ringan selepas bas dinaiki 19 pelajar dan dua guru sebuah pusat tahfiz terbabit dalam kemalangan dengan treler di Jalan Besar Jengka 18, di sini, petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

Cubaan 34 PATI ceroboh masuk laluan laut gagal

Cubaan 34 PATI ceroboh masuk laluan laut gagal

Jerebu: Sembilan kawasan Sarawak dan Johan Setia catat IPU tidak sihat

Jerebu: Sembilan kawasan Sarawak dan Johan Setia catat IPU tidak sihat

Empat cedera kemalangan bas, treler

Empat cedera kemalangan bas, treler