200 mangsa kebakaran Kg Jati Tawau dapat perhatian MPP PKR, Persatuan Usaha Mulia Wanita

TAWAU – 200 mangsa kebakaran rumah di Kampung Jati Batu 5 Jalan Apas terus mendapat perhatian Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Persatuan Usaha Mulia Wanita Malaysia.

Pengerusi Persatuan Usaha Mulia Wanita, Raiyan Abdul Rahim berkata, kebajikan mangsa kebakaran itu akan diambil perhatian dan usaha menyalurkan bantuan lain akan dilakukan.

“Syukur diberi peluang lihat serta bertemu mangsa kebakaran dan apa yang dlihat kerajaan perlu salur banyak bantuan sebab rumah-rumah mangsa musnah sepenuhnya.

“Apabila dimaklumkan tentang perkara ini (kebakaran), saya terus hubungi Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan selepas balik ke Kuala Lumpur, saya akan berhubung semula dengan pihak JPM untuk salurkan bantuan susulan. Insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas memberi sumbangan harangan dapur kepada 50 Ketua Isi Rumah mangsa kebakaran di Kampung Jati Batu 5, di sini, pada Jumaat.

Sementara itu, Ketua Cabang PKR Tawau, Fung Thin Yein berkata, pihaknya sentiasa terbuka dan mengalu-alukan sebarang permohonan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Kita di Cabang Keadilan Tawau menerima setiap aduan atau apa-apa permohonan yang boleh diusahakan untuk membantu dan bolehlah menghubungi saya sendiri atau pejabat parti.

“Pada masa yang sama saya juga menyeru agar pihak berkaitan terutama wakil rakyat untuk  membantu mempermudahkan mangsa kebakaran ini dalam membina semula rumah mereka,” katanya.

Dalam pada itu, mangsa kebakaran yang ditemui, Amira Raihana Abdullah, 18, turut menzahirkan terima kasih atas keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bantuan yang disalurkan.

“Alhamdulillah terima kasih atas bantuan hari ini dan bantuan susulan lain yang akan diberikan kepada kami yang sudah tentu sangat meringankan sedikit sebanyak beban kami,” katanya.

“Saya pula berharap agar mana-mana pihak lain atau bantuan akan datang adalah berupa barangan binaan untuk kami membina semula rumah seperti zink atau kayu,” kata Maria Louisa, 60.

Untuk rekod, kebakaran pada 27 Oktober lepas itu mengakibatkan seorang kanak-kanak lelaki berumur 5 tahun rentung manakala sebanyak 38 buah rumah membabitkan 200 mangsa tinggal sehelai sepinggang selain tiga kenderaan serta motosikal turut musnah.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok