Pemimpin dunia ucap tahniah lepas Trump dakwa menang Presiden AS

PARIS – Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengucapkan tahniah kepada ‘Presiden Donald Trump’ dan menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan pemimpin AS tersebut ‘dengan hormat dan berwawasan’ seperti yang berjaya mereka lakukan dalam tempoh empat tahun lalu.

Dalam satu hantaran di platform X, Macron berkata hubungan dengan Trump, yang sedang mendahului undian presiden AS, akan ‘mengambil kira keyakinan anda dan saya’ sambil menambah: ‘Demi lebih keamanan dan kemakmuran’.

Perdana Menteri negara haram Israel, Benjamin Netanyahu turut mengucapkan tahniah kepada Trump yang mendakwa menang dalam pilihan raya presiden AS.

Netanyahu menyifatkan kemenangan itu sebagai ‘kebangkitan terbesar dalam sejarah’ dan permulaan baru dalam hubungan AS-Israel.

“Tahniah atas kebangkitan terbesar dalam sejarah! Kepulangan anda yang bersejarah ke Rumah Putih menawarkan permulaan baru bagi Amerika dan komitmen kukuh kepada perikatan hebat antara Israel dan Amerika. Ini adalah kemenangan besar!” kata Netanyahu.

Sementara itu, Ketua NATO, Mark Rutte yang berada di Brussels mengucapkan tahniah kepada Trump selepas calon Republikan itu mendakwa ‘menang dalam pilihan raya presiden AS’.

“Saya baru sahaja mengucapkan tahniah kepada Donald Trump atas pemilihannya sebagai Presiden Amerika Syarikat.

“Kepimpinannya sekali lagi akan menjadi kunci untuk mengekalkan kekuatan Perikatan kita.

“Saya menantikan kerjasama dengannya untuk memajukan keamanan melalui kekuatan melalui NATO,” katanya dalam hantaran di X.

Related Posts

Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

WASHINGTON – Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan 153 orang awam dan mencederakan 243 yang lain sepanjang 2025, menurut seorang pegawai AS, yang memetik penilaian Pentagon. Jumlah itu meningkat ketara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

JAKARTA – Lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion