Anwar ucap tahniah kemenangan Trump, harap dapat tamatkan perang Palestin dan Ukraine

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah atas kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) buat kali kedua.

Anwar berkata, Malaysia sedia untuk bekerjasama dan bergerak ke hadapan bersama Amerika Syarikat.

Pun begitu, Anwar juga menggesa AS untuk menggunakan pengaruhnya yang besar untuk membantu menamatkan keganasan yang dahsyat dan kehilangan nyawa di Palestin dan Ukraine.

“Tahniah kepada Donald Trump atas kemunculan semula politik dan kemenangannya yang luar biasa dalam pilihan raya presiden AS.

“Lembaran ini membawa peluang baharu, dan Malaysia bersedia untuk bergerak ke hadapan dengan keyakinan, kerjasama dan tujuan bersama,” ucap Anwar dalam kenyataan media pada Rabu.

Ujar Anwar lagi, Amerika Syarikat kekal sebagai sumber pelaburan asing terbesar Malaysia dan pemain penting di rantau Asia Pasifik.

“Sebagai Pengerusi Asean pada 2025, Malaysia berharap AS akan menghidupkan semula penglibatannya dengan Asia Tenggara.

“Kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan presiden yang akan datang untuk memupuk faedah bersama untuk rakyat kedua-dua negara,” kata Anwar.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan terus melaksanakan tindakan terhadap isu anjing liar yang boleh mengancam keselamatan awam, namun penguatkuasaannya mesti dilakukan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak bersifat kejam. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang