Malaysia berpotensi guna tenaga nuklear sebagai sumber tenaga masa hadapan

MALAYSIA bersedia untuk mengguna pakai penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaganya pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.  

Rafizi berkata, keputusan berhubung potensi penggunaan tenaga nuklear negara telah dibuat dan tanggungjawab itu sedang dilaksanakan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).

Beliau berkata, ini bagi memastikan rangka kerja perundangan dan kawal selia dapat diwujudkan lebih awal.

“Memandangkan keputusan itu telah dibuat oleh Majlis Tenaga Negara dan diperakui oleh Kabinet, tenaga nuklear berkemungkinan akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sebagai salah satu sumber tenaga rasmi negara,” katanya selepas Forum Pelan Tindakan Perkhidmatan dan Peralatan Minyak & Gas (OGSE) Kebangsaan hari ini.

Menurut Rafizi, nuklear adalah sumber tenaga yang lebih bersih berbanding yang lain, yang boleh membantu negara mencapai matlamat pelepasan karbon bersih-sifar menjelang 2050.

Tambahnya, kos operasi untuk jangka hayat tenaga nuklear juga lebih terjamin kerana ia tidak bergantung kepada turun naik harga bahan mentah, seperti gas dan arang batu.

Beliau berkata berikutan itu, memandangkan tenaga nuklear tidak bergantung kepada bahan mentah ini, jangka hayatnya lebih terjamin.

Katanya, telah banyak negara lain telah kembali kepada penjanaan tenaga nuklear.

Selain itu, beliau berkata, teknologi nuklear masa kini berbeza dengan teknologi nuklear dahulu yang memerlukan kemudahan besar.  

“Pada masa ini, terdapat reaktor modular kecil (SMR) yang lebih kecil, selamat, dan tidak memerlukan kos yang tinggi.

“SMR akan memudahkan dan lebih murah untuk digunakan di kawasan yang memerlukan tenaga berbanding sumber tenaga konvensional.

“Atas faktor-faktor ini terutamanya teknologi SMR, kerajaan telah memutuskan untuk mengkaji kebolehlaksanaan tenaga nuklear di Malaysia,” katanya.

Menjawab persoala sama ada kerajaan akan membiayai pelaksanaan tenaga nuklear, Rafizi berkata, kerajaan hanya mewujudkan rangka kerja komprehensif, termasuk peraturan antarabangsa.

Beliau berkata, berdasarkan model industri semasa untuk penjanaan kuasa, pelaksanaan projek didorong oleh sektor swasta.

“Pada fasa awal, kerajaan akan memberi tumpuan kepada rangka kerja dan memastikan Malaysia mematuhi peraturan antarabangsa.

“Saya percaya bahawa untuk sektor tenaga terlibat dalam tenaga nuklear, keputusan dan peraturan mungkin akan dibuat dan diawasi oleh Suruhanjaya Tenaga,” katanya.

Related Posts

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Oleh: Fathi Aris Omar ULASAN | Orang Pakatan Harapan (PH) jangan sedih sangat. Orang Perikatan Nasional (PN) jangan seronok sangat. Perubahan hanyalah parti politik. Negara kita tidak berubah-ubah. Macam inilah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Subang, Wong Chen mengumumkan peletakan jawatannya sebagai wakil rakyat kawasan itu berkuat kuasa 5 petang ini. Beliau berkata, surat peletakan jawatan berkenaan telah diserahkan kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

  • By Ithma
  • August 10, 2026
‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini