Tiada lagi jualan, kenderaan guna NGV mulai Julai 2025 – MOT

KUALA LUMPUR- Mulai 1 Julai 2025, semua kenderaan yang menggunakan gas asli (NGV) tidak lagi dibenarkan untuk didaftar atau dilesenkan untuk kegunaan atas jalan raya di negara ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri selepas mengambil kira faktor keselamatan kepada pengguna dan orang ramai.

Katanya, Petronas juga akan menamatkan bekalan runcit NGV secara berperingkat dalam pasaran negara sebelum penamatan sepenuhnya bermula tarikh sama.

“Keputusan itu diambil atas beberapa faktor, termasuk isu keselamatan kepada pengguna terutama pemilik kenderaan yang dikuasakan dengan NGV.

“Berdasarkan rekod, tempoh kemuncak bagi pengubahsuaian dan pemasangan kit kenderaan NGV adalah antara 1995 sehingga 2014.

“Tempoh ini memberi indikasi bahawa keseluruhan kenderaan yang terbabit pada hari ini sudah berada dalam fasa akhir hayat tangki NGV dan perlu diganti,” katanya pada sesi pengumuman Dasar Pengunaan Kenderaan NGV di Petronas Cochrane Perkasa, pada Isnin.

Anthony berkata, tangki NGV mempunyai had tempoh penggunaan selamat dalam lingkungan tempoh 15 tahun dan tidak selamat jika tidak diganti, selain boleh gagal berfungsi pada bila-bila masa yang boleh mendatangkan kecederaan, kematian serta kerosakan harta benda.

“Selain itu, terdapat segelintir pengguna yang sudah melaksanakan ubah suai kenderaan dengan menggunakan silinder gas memasak (LPG) yang amat berbahaya dan mendatangkan risiko kemalangan serta letupan sebelum ini.

“Silinder LPG hanya mempunyai tekanan sekitar 7 bar/100 psi berbanding tangki NGV yang mempunyai tekanan sehingga 220 bar/3,200 psi.

“Penggantian menggunakan komponen-komponen tulen pula akan memakan kos yang tinggi sehingga boleh melebihi RM7,000 bagi setiap kenderaan,” katanya.

Beliau berkata, alat ganti NGV terutama tangki tulen amat sukar diperoleh di pasaran tempatan.

“Berdasarkan pemerhatian dan maklum balas diterima, terdapat pemilik kenderaan sudah menggunakan alat ganti daripada tangki yang digunakan atau pengubahsuaian tidak diiktiraf, termasuk menggunakan tangki gas LPG.

“Semua perkara ini akan mendatangkan risiko keselamatan, kecederaan atau kematian kepada semua pengguna atau pemilik kenderaan terbabit,” katanya.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik