Seruan Pas harmonikan perpaduan jangan sekadar penyedap rasa musim perayaan

PUTRAJAYA – Mesej perpaduan yang dicanangkan oleh Pas sempena perayaan Deepavali diharapkan bukanlah sekadar ‘penyedap rasa’ bagi meraih sokongan masyarakat India.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, komitmen itu perlu diterapkan secara holisitik sehingga ke akar umbi, jika parti itu mengambil serius saranan yang diutarakan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“Malangnya, senjata perkauman dan keagamaan sempit masih seringkali dihamburkan menerusi ucapan beberapa pemimpin Pas.

“Lihat sahaja kenyataan ‘mata, kulit dan darah’ oleh Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria. Ini jauh sekali daripada semangat dipamerkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“Pas sepatutnya memberi fokus kepada pembinaan bangsa Malaysia ketika ini. Kita adalah pembina negara. Bilakah Malaysia akan menjadi negara yang disegani jika kita masih menjuzuk-juzukkan rakyat?” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press, hari ini.

Sehubungan itu, Sheikh Umar berpandangan Pas sewajarnya tidak lagi menggunakan pendekatan politik sempit dan berasaskan perkauman dalam era Malaysia Madani yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebagai bekas ahli Pas, beliau berkata,
parti itu seharusnya memberi fokus kepada pembinaan bangsa Malaysia (nation buildings) ketika ini, selain menghayati semula gagasan ‘Pas for all’, seperti yang pernah diangkat di era kepimpinan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Pada waktu itu (zaman pentadbiran Nik Aziz), banyak rundingan telah dibuat oleh Pas. Bahkan, waktu itu juga tertubuh Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).

“Malah, (ahli DHPP) ramai bukan Islam dilibatkan dalam Pas. Bagaimanapun, gagasan besar itu nampaknya sudah hilang seperti mana perginya sosok pemimpin unggul Pas itu,” katanya.

Terdahulu, menerusi ucapan sempena sambutan Deepavali, Takiyuddin berkata, Pas mengingatkan semua pihak untuk sentiasa meletakkan serta mengharmonikan kepelbagaian agama, kepercayaan serta budaya dalam rangka kerja negara bagi memastikan ia menjadi aset bersama dan bukannya racun membinasakan.

Beliau turut menarik perhatian terhadap mesej dan simbolisme perayaan tersebut yang selari dengan aspirasi rakyat tanpa mengira agama, kepercayaan atau latar belakang.

Sementara itu, Sheikh Umar yang juga Naib Pengerusi DAP Johor berkata, perbezaan yang wujud dalam DAP adalah ramuan kekuatan Malaysia.

Jelasnya, setiap bangsa, agama dan budaya telah menjadikan Malaysia negara yang kuat dan unik apabila setiap dari kita bersatu padu tanpa prejudis.

“Jika mesej perpaduan yang dicanangkan oleh Setiausaha Agung Pas itu ketika ucapan Deepavali adalah ikhlas dari lubuk hati, ia sepatutnya menjadi titik muhasabah buat Pas terlebih dahulu.

“Sehubungan itu, jika saranan Setiausaha Agung Pas serius, ia perlu menjadi penerapan yang holistik hingga akar umbi. Bukan sekadar ucapan penyedap rasa ketika musim perayaan semata-mata,” katanya.

Related Posts

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

KANGAR – Kebun buah-buahan, rumah kediaman dan stor dijadikan lokasi menyimpan senjata api serta peluru milik satu sindiket yang dipercayai aktif di utara Semenanjung sejak 2019. Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peranan ejen Tan Sri, Datuk beli aset pertahanan dihentikan – PMX

PORT DICKSON – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan berjaya mengurangkan kos pembelian Kapal Misi Pesisir (LMS) sebanyak 15 peratus menerusi rundingan secara terus antara kerajaan Malaysia dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

JPN Selangor janji tindakan tegas susulan kes pelajar dipukul di Seri Kembangan

JPN Selangor janji tindakan tegas susulan kes pelajar dipukul di Seri Kembangan

Peranan ejen Tan Sri, Datuk beli aset pertahanan dihentikan – PMX

Peranan ejen Tan Sri, Datuk beli aset pertahanan dihentikan – PMX