Syed Danial ketuai penerima pingat, darjah negeri Perak

PENYIMPAN Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengetuai senarai 213 orang penerima Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Beliau akan menerima Darjah Dato’ Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri semasa Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak yang akan diadakan sebanyak dua sesi iaitu pada 9 November dan 16 November depan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral (Bersara) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin berkata, SPMP juga akan diterima dua lagi individu iaitu Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dan Pengerusi Eksekutif Yee Lee Corporation, Datuk Lim Kok Cheong @ Lim A Heng.

“Tan Sri Syed Danial tidaklah asing bagi negeri Perak dan pernah bertugas di Perak. Beliau pun ada terlibat secara tidak langsung, kita mendapatkan nasihat daripada beliau semasa pengisytiharan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak semasa pemasyhuran baginda,” katanya.

Mohd. Zahidi juga berkata, Darjah Dato’ Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Datuk pula dianugerahkan kepada kepada Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron selaku penerima tunggal.

Sementara itu, baki 209 lagi penerima akan menerima Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk kepada lapan penerima, Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Datuk Pahlawan kepada enam penerima, Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM) kepada 13 penerima dan Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP) kepada 28 penerima.

Selain itu Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM) kepada 14 penerima, Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP) kepada 39 penerima, Pingat Pekerti Terpilih (PPT) kepada 61 penerima, Pingat Jasa Kebaktian (PJK) kepada 30 penerima serta Pingat Lama Perkhidmatan (PLP) kepada 10 orang penerima.

Related Posts

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

SHAH ALAM – Shah Alam Convention Centre (SACC) dijenamakan semula sebagai Selangor International Trade Centre (SITC) bagi menyokong pelan pembangunan SA Sentral di Seksyen 14. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

SHANGHAI – SMD Semiconductor Sdn Bhd (SMD) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Jiangsu Linyang Energy Co Ltd (Linyang Energy) untuk membekalkan penyelesaian semikonduktor kuasa ke pasaran global pada 13 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET