Sarawak bakal nikmati momentum pembangunan di bawah RMK-13 – Rafizi

KUCHING – Kerajaan Persekutuan yakin momentum pembangunan akan dinikmati oleh Sarawak di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13).

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata perancangan pembangunan Sarawak dapat dilaksanakan lebih baik dan cepat hasil hubungan harmoni dengan kerajaan Sarawak sejak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih tampuk kepemimpinan.

“Dasar kerajaan Persekutuan saling melengkapi dan segala perancangan kerajaan Sarawak juga selari dengan usaha pada peringkat Persekutuan,” kata Rafizi.

Tambah Rafizi, beberapa keputusan berhubung penurunan kuasa kepada kerajaan Sarawak yang sudah dibuat sebelum ini merupakan sebahagian mempercepat proses pelaksanaan projek.

“Fokus utama supaya penyelerasan dan keserasian perancangan ekonomi dapat merealisasikan prestasi ekonomi kedua-dua belah pihak.

“Kami yakin apa-apa baik untuk Sarawak juga baik untuk Malaysia,” kata beliau ketika sesi libat urus yang turut dihadiri Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Unggah Embas.

Related Posts

Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

SANDAKAN – Dua lelaki ditahan selepas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah membongkar kegiatan disyaki menyeleweng minyak diesel bersubsidi membabitkan nilai keseluruhan rampasan lebih RM2 juta di sebuah jeti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

ROBAN – Kegiatan seorang lelaki tempatan yang menjadikan jualan nombor loteri awam haram sebagai sumber pendapatan sampingan terbongkar selepas ditahan dalam satu serbuan di sebuah pondok rehat di tebingan Sungai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

  • By Fandi
  • September 11, 2026
Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

Taktik licik jual dadah sintetik guna istilah berkod dalam perhatian kerajaan

Taktik licik jual dadah sintetik guna istilah berkod dalam perhatian kerajaan

Keputusan had usia keahlian Puteri UMNO wajar diberi jawapan jelas

Keputusan had usia keahlian Puteri UMNO wajar diberi jawapan jelas

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong