Polis tahan dua lelaki dipercayai terlibat kes ragut

KULAI – Dua lelaki yang dipercayai telah aktif melakukan jenayah ragut di sekitar daerah ini berjaya ditahan polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee berkata, suspek masing-masing berusia 32 dan 45 tahun itu ditahan hasil serbuan polis di dua lokasi berasingan iaitu di Kulai dan Senai pada pukul 2 pagi.

Menurut beliau, tangkapan terhadap kedua-dua suspek itu dilakukan setelah polis menerima laporan berkaitan kes ragut daripada seorang mangsa wanita pada Khamis lalu.

“Mangsa berusia 22 tahun mendakwa dia didatangi seorang lelaki bermotosikal ketika meletakkan kenderaannya di tepi Jalan Bakti, taman tersebut pada jam 6.55 petang.

“Bertindak atas laporan diterima, polis telah membuat tangkapan ke atas dua lelaki sebelum menemui beberapa barang kes termasuk sebuah telefon bimbit jenis IPhone 15 Pro milik mangsa.

“Hasil serbuan berkenaan, polis juga merampas 24 buah telefon bimbit pelbagai jenama, 29 utas jam tangan, sebatang kunci, sebuah motosikal Honda RS 150R dan sebuah helmet warna kelabu.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat membeli pelbagai jenis telefon bimbit daripada rakan suspek,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Seng Lee, tangkapan keatas kedua-dua suspek dipercayai telah menyelesaikan kes ragut di daerah ini.

Katanya, semakan rekod mendapati, kedua-dua suspek mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Ujian saringan awal urin mendapati salah seorang suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

“Suspek direman sehingga hari ini dan siasatan dijalankan dibawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tambah beliau, siasatan masih diteruskan bagi menyiasat penglibafan suspek dalam lain-lain kes jenayah di dalam dan luar daerah ini.

Related Posts

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

BERA – Lima individu termasuk empat wanita ditahan kerana bertindak menghalang tugas pihak berkuasa yang menjalankan operasi penguatkuasaan di kawasan Hutan Simpan Pemuliharaan Tasek Bera (Ramsar) di sini, pagi semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

MIRI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Miri tampil mengecam keras tindakan pihak tertentu yang mengeksploitasi institusi keagamaan Kristian, termasuk watak paderi dan biarawati, sebagai bahan jenaka berunsur seksual ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Netizen bangga PMX ‘tak termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX ‘tak termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat