Sidang Asean 2025 guna EV sebagai kenderaan rasmi

PUTRAJAYA – Sidang Kemuncak Asean yang akan diadakan di Malaysia pada tahun depan bakal menyaksikan penggunaan kenderaan elektrik (EV) dalam skala besar.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui selepas Forum Ilmuwan Malaysia Madani Siri 2, malam tadi.

“Insya-Allah, saya sudah memutuskan agar kereta rasmi bagi semua pemimpin negara serantau yang hadir persidangan itu hanya akan menggunakan EV,” katanya.

Terdahulu, beliau ketika mempengerusikan sesi diskusi berkenaan memberikan bayangan awal bahawa kerajaan bakal memanfaatkan penggunaan kenderaan itu pada setiap acara.

Buat permulaan ujarnya, EV dijangka dapat dioptimumkan ketika Sidang Kemuncak Asean di negara ini yang akan menjadi pengerusi blok serantau tersebut sepanjang tahun depan.

“Mungkin daripada semua (jenis) kereta dan (bilangannya) sebanyak mungkin,” katanya.

Related Posts

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

KERAJAAN Persekutuan akan terus komited memperkasa agenda pembangunan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat Johor meskipun Barisan Nasional (BN) diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN