DBKL roboh struktur haram halang laluan pejalan kaki di Setiawangsa

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam merobohkan struktur haram di tujuh premis di Jalan Setiawangsa 10, Taman Setiawangsa.

Dalam operasi bersepadu membabitkan beberapa agensi termasuk polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat itu, DBKL turut mengalihkan struktur tambahan lima premis yang menghalang laluan pejalan kaki di belakang bangunan.

Operasi yang juga melibatkan Tenaga Nasional Berhad (TNB dan Air Selangor, menyaksikan kerjasama bagi membongkar struktur yang tidak diluluskan di dua premis lain juga.

“Dua gerai yang dibina di lorong belakang di lokasi itu juga telah dialihkan sepenuhnya,” kata DBKL dalam catatan di Facebooknya.

Tambahnya, semua serpihan struktur telah dilupuskan oleh DBKL selepas operasi selesai.

“Orang ramai boleh melaporkan sebarang isu atau memberikan maklumat melalui pautan hubungan di https://adukl.dbkl.gov.my/,” katanya

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula