Premis judi degil dipotong elektrik

PADANG BESAR – Polis bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjalankan operasi bersepadu terhadap dua premis perjudian di Batu 1, Jalan Bukit Keteri dan Jalan Kampung Darat Beseri di sini kelmarin

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, operasi itu bertujuan memotong bekalan elektrik di premis yang telah berulang kali diserbu namun masih beroperasi.

“Pihak berkuasa mengambil tindakan ini mengikut peruntukan Seksyen 21A(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Pemantauan berterusan akan dilakukan dan tindakan sama akan diambil sekiranya sindiket judi masih berdegil,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press.

Katanya lagi, operasi sebegini akan diteruskan bagi memastikan Padang Besar bebas daripada aktiviti tidak bermoral.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah diminta menghubungi IPD Padang Besar di talian hotline +60 4942222.

Related Posts

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

KOTA KINABALU – Pendekatan turun padang menerusi Program MADANI Kita yang dilaksanakan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) dalam mendekati masyarakat kini menjadi penanda aras baharu kepada agensi kerajaan lain. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

KUANTAN – Empat lelaki bersenjatakan parang dan membawa objek dipercayai ‘pump gun’ menyamun sebuah kedai emas di Taman Pandan Perdana, di sini, kira-kira 2 petang tadi. Ketua Polis Daerah Kuantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

  • By Fatin
  • August 21, 2026
Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran