Penganjur perarakan di Menara Condong dipanggil rakam keterangan – Polis Perak

IPOH – Polis Perak mengesahkan telah memanggil penganjur perarakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan yang mempamerkan bendera negara asing sehingga menimbulkan kekecohan di aplikasi media sosial bagi merakam keterangan, pada Jumaat.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, perarakan yang berunsurkan keagamaan dan melibatkan kereta berhias itu berlangsung dari jam 8 malam hingga 11.30 malam pada Khamis dan turut disertai kira-kira 400 penonton.

Jelasnya, penganjur terbabit turut diminta mengemukakan semua peserta warga asing yang dipercayai dari negara China bagi membantu siasatan berhubung perarakan tersebut.

“Pihak polis menerima aduan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan pada jam 12.39 tengah malam tadi.

“Sehubungan itu, polis telah memanggil penganjur untuk rakaman keterangan dan mereka juga diminta mengemukakan semua peserta warga asing yang dipercayai dari China bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Susulan itu, jelas Azizi, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana melanggar syarat permit dan Seksyen 3 (1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 (Akta 193) kerana mempamerkan mana-mana lambang kebangsaan termasuk bendera negara asing di tempat awam.

Beliau juga turut menasihati mana-mana pihak yang ingin menganjurkan perhimpunan supaya menghantar notis kepada polis dalam tempoh 10 hari sebelum tarikh perhimpunan.

Sebelum ini, media melaporkan pihak penganjur, Persatuan Kebudayaan Guan Gong memohon maaf atas insiden pengibaran bendera negara China di kawasan berhampiran Dataran Menara Condong Teluk Intan sebagaimana dalam video tular.

Pengerusinya, Soon Boon Hua berkata, tindakan mengibarkan bendera berkenaan tidak dirancang serta tiada dalam atur cara yang disediakan pihaknya selaku penganjur Sambutan Guan Gong Sedunia di Malaysia.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP