Kenyataan Tuan Ibrahim seolah-olah persenda Rasulullah SAW

TINDAKAN Pas menyamakan peruntukan Rasulullah SAW dengan gaji Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah mempersendakan Rasulullah yang mendapat gaji seperti pemimpin masa kini.

Perkara itu pada awalnya dibangkitkan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) yang mencelah ketika Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin membahaskan Belanjawan 2025.

Kata Tuan Ibrahim secara berseloroh, seorang rasul pun diberikan “peruntukan” oleh Allah untuk rezekinya dan keadaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap “lebih daripada rasul.”

Beliau membangkitkan persoalan bagaimana Anwar memperoleh pendapatan jika dia tidak mengambil sebarang gaji daripada jawatan yang disandangnya.

Seorang pemerhati politik, Ahmad Mursi, menerusi hantaran Facebook berkata, Pas seringkali membawa tafsiran agama yang salah ketika mengkritik lawan politik sejak dahulu lagi.

Menurutnya, peruntukan kepada Rasulullah SAW (dari sebahagian fai dan ghanimah) bukanlah bersifat gaji atau habuan peribadi sebaliknya untuk mengurus keluarga, negara dan kepentingan umat Islam seluruhnya.

“Rasulullah SAW tidak memperkaya dirinya, harta baginda juga tidak diwariskan, tetapi disedekahkan (HR Bukhari 3093). Malah di waktu Baginda wafat, baju besinya tergadai kepada seorang Yahudi sebagai jaminan hutang gandum 30 sha’ yang dipinjam untuk keperluan keluarga. (HR Bukhari 2916).

“Dari mengkritik PMX, patutnya Tuan Ibrahim membela guru Pasti kerana mereka juga bukan malaikat tapi ada dibayar serendah RM500 untuk aktiviti komersial Pas walaupun dikata itu aktiviti sukarelawan.

“Iklan pengambilan guru Pasti menawarkan ‘gaji’ dan ‘jawatan tetap’. Konsep sukarelawan patutnya tidak melibatkan kewangan tetap, faedah pekerjaan, atau masa bekerja tetap seperti pekerjaan formal,” katanya di Facebook pada Rabu.

Tambahnya, Pasti tetap mengutip yuran daripada ibu bapa menunjukkan unsur komersial walaupun Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menyindir kerajaan kerana tidak beri pendidikan percuma.

Katanya, guru-guru Pasti berhak mendapat gaji yang setimpal sesuai dengan yang diperkatakan oleh Tuan Ibrahim sendiri, mereka “bukan malaikat.”

“Guru-guru Pas juga tidak seperti pemimpin dan wakil rakyat Pas yang meskipun sering makan gaji buta, tetap menikmati pencen, gaji, dan elaun yang mewah.

“Disebabkan mereka bukan malaikat, kerajaan cuba membantu guru-guru Pasti mendapatkan hak sebagai pekerja setelah menerima aduan, tetapi dipandang negatif oleh Pas,” katanya.

Perkara ini jelas apabila guru Pasti ditanam sejak awal seperti GISB untuk mempercayai bahawa pekerjaan mereka adalah perjuangan untuk ‘Islam’ kerana mereka bukan ‘malaikat’ dan mudah terpedaya.

Terbukti juga bahawa Pas mengabaikan hak pekerja dari sudut Islam dan setiap pekerja wajar diberikan gaji yang setimpal walaupun bekerja untuk agama.

“Cytro Pas pula menyebarkan tangkapan layar dari akaun palsu memuji Pasti sebagai propaganda untuk mewajarkan penggunaan tenaga buruh tanpa bayaran yang setimpal.

“Oleh itu, kritikan melampau Pas terhadap PMX yang tidak mengambil gaji Perdana Menteri sebenarnya menyerlahkan sikap hipokrit mereka sendiri,” katanya.

Related Posts

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu memperkukuh penguatkuasaan dan mempertahankan amalan tatakelola yang baik bagi mengekang kegiatan pencerobohan tanah tanpa kebenaran. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kegiatan berkenaan tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

KUALA LUMPUR – Perbelanjaan kerajaan bagi pemberian kebajikan dan bantuan kepada masyarakat, individu serta keluarga meningkat 380.8 peratus kepada RM20.36 bilion pada 2025 berbanding RM4.24 bilion pada 2024. Menurut Laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Kompaun parkir tertunggak boleh dipertimbang untuk bayaran ansuran

Kompaun parkir tertunggak boleh dipertimbang untuk bayaran ansuran