Lelaki maut kereta bertembung di Kota Marudu

KOTA KINABALU – Seorang lelaki disahkan meninggal dua selepas kereta dinaikinya bertembung di Jalan SMK Kota Marudu 1, Jalan Goshen pada Ahad.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu PPgB, Mohd Hasbi Hajat kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu Perodua Kelisa dan Toyota Land Cruiser.

“Dalam kejadian, dua mangsa mengalami kecederaan dikeluarkan oleh pasukan Bomba kemudiannya dihantar ke Hospital Kota Marudu bagi menerima rawatan lanjut.

“Manakala pemandu Perodua Kelisa dilaporkan meninggal dunia di hospital manakala pemandu Toyota Land Cruiser hanya mengalami kecederaan,” katanya.

Katanya, seramai sembilan anggota bersama Komander Operasi PBK II Dusin Sagaron dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada pukul 2.00 pagi.

Operasi ditamatkan pada pukul 2.37 pagi.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar