Projek ECRL Kelantan dahului jajaran di dua negeri

KOTA BHARU – Projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Negeri Kelantan telah mencapai kemajuan semasa sebanyak 83.27 peratus sehingga September.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Ir Nik Soh Yaacoub berkata, tahap kemajuan yang memberangsangkan itu mendahului jadual sekaligus telah mendahului kerja-kerja pembinaan di dua negeri iaitu Terengganu dan Pahang.

“Bagaimanpun pembinaan stesen di Cherang Tuli mengalami sedikit kelewatan namun secara keseluruhan pembinaan mendahului jadual.

“Pembinaan ini melibatkan jarak sepanjang 87.72 kilometer dengan dua stesen iaitu di Tunjong, Kota Bharu dan Cherang Tuli, Pasir Puteh.

“Manakala bagi stesen Cherang Tuli (Pasir Puteh) melibatkan penumpang dan kargo dan Tunjong (Kota Bharu) penumpang sahaja,” katanya pada sidang media yang diadakan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, bagi kerja-kerja pembinaan projek terbabit akan terus berjalan seperti biasa meakipun pada musim Monsun Timur Laut (MTL).

Justeru katanya, bagi projek ECRL sepanjang 665km dijadualkan siap dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak, Selangor pada Julai 2026, dan akan mula beroperasi pada 2027.

Projek ECRL sepanjang 665km adalah projek infrastruktur rel yang menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan Selangor di Pantai Barat Semenanjung.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar